Pewaris Kampung Baru Bakal Jutawan?
Saya tertarik pada perkataan “JUTAWAN” pada tajuk berita muka depan di akhbar Kosmo pagi ini.
Tiba-tiba teringat kisah “Jutawan Felda” yang pernah saya kongsikan sebelum ini.
Saya tak nak ulas isu tawaran pampasan Kampung Baru yang telah pun diulas oleh banyak pihak.
Saya nak berkongsi kisah peneroka yang menjadi jutawan segera di Felda LBJ, Sepang.
Kisah hampir sama juga dengan cerita jutawan segera di Felda Sendayan, Nilai.
Mereka mendapat pampasan RM1 Juta selepas kerajaan mengambil alih tanah Felda mereka untuk pembangunan Lapangan Terbang KLIA dan sekitarnya.
Mereka hanya memegang status sebagai jutawan hanya kira-kira beberapa tahun sahaja apabila harta tersebut diguna sedikit demi sedikit. Malah ada kisah kereta mewah yang dibeli ketika menjadi jutawan ditarik bank.
Apa yang berlaku dalam tempoh 3 tahun tersebut?
Dalam masa 3 tahun tersebut, mereka mula menerima laba yang tidak pernah terfikir dalam fikiran dan mimpi mereka selama ini menjadi jutawan.
Jutawan segera yang menerima RM1,000,0000 – tidak pernah terbayang pun dalam pemikiran mereka selama ini.
Apa jadi selepas itu?
Mereka mula rambang mata, beli kereta, renovate rumah, belanja ikut suka malah ada yang melabur dalam skim pelaburan mengarut sehingga tersontot.
Akhirnya, hari ini mereka memegang title “bekas jutawan”.
Mungkin mereka sangka RM 1 juta itu boleh kekal 7 keturunan.
Fenomena ini biasa berlaku kepada orang yang mendapat wang besar secara tiba-tiba. Ini kerana minda mereka tidak bersedia dengan wang sebegitu besar.
Orang yang tidak biasa dengan duit sebesar itu akan condong menggunakan duit itu sehingga akhirnya mereka kembali kepada kedudukan kewangan asal mereka.
Cerita ini pernah saya kongsikan ketika ke udara secara langsung di TV Al Hijrah. Tonton di di sini
(Alang-alang tonton video, jangan lupa subscribe Channel YouTube di sini)
Sebagaimana para pelajar universiti yang menerima wang pinjaman / biasiswa yang sedebuk banyaknya pada awal semester, akan condong untuk menggunakan wang tersebut secara melulu seperti membeli gajet, lap top, dan sebagainya. Di awal semester makan lamb chop, di hujung semester makan meggi dengan chop stick.
Tabiat sama dibawa selepas grad, apabila menerima gaji pertama kerja, cenderung untuk membuat pinjaman membeli kenderaan semaksimum mungkin.
Akhirnya, wal hasil balik asal. Awal bulan makan lamb chop, hujung bulan makan meggi dengan chop stick.
Begitu juga situasi – penjudi / pemain nombor ekor yang dapat untung judi tiba-tiba, kekayaan itu tidak akan kekal lama. Atas sebab yang sama. Mereka sebenarnya tak bersedia.
Atau situasi lain – waris menerima pampasan insurans / takaful dengan jumlah yang besar, tapi ia dihabiskan dalam tempoh yang singkat.
Semua kes di atas, disebabkan mereka menerima wang besar dalam keadaan tidak bersedia.
Bukan duit semata yang menjadi kita kaya atau miskin, tapi mindset.
Ada orang yang banyak duit tapi mempunyai mindset orang miskin. Ada juga orang yang tidak berduit, tapi mempunyai mindset jutawan.
Tabiat dan mindset sebegitu, biasa berlaku dalam kehidupan kita sehari-hari.
Mungkin kita rasa situasi-situasi di atas tidak mungkin berlaku pada diri kita.
Cuba lihat situasi bawah ini pula. Pernah tak berlaku pada diri anda?
Ketika dapat duit bonus, atau dapat duit tepi – TIBA-TIBA ketika itulah juga kereta rosak nak kena baiki. Atau, ketika itu jugalah TIBA-TIBA handphone rosak, nak kena beli handphone baru. Akan berlaku apa-apa insiden yang memungkinkan kita berbelanja dengan duit bonus atau duit tepi tadi.
Masa tu jugalah kita rasa lega sebab ada duit bonus atau duit tepi tadi.
Tahukah anda, sebenarnya itu juga berkait langsung dengan mindset.
Ia sebenarnya bukan berlaku secara TIBA-TIBA. Ia sudah dirancang oleh minda anda!
Sebab selama ini, minda kita hanya biasa terima duit gaji tanpa bonus dan tanpa duit tepi yang kita gunakan setiap bulan, jadi apabila dapat bonus atau duit tepi tadi, mindset kita akan cenderung untuk mencari sebab untuk belanja.
Kena jadi begitu? Sebab minda kita tak ready.
Perasan tak?
Faham tak? Kalau tak faham, saya buat analogi lain.
Minda kita ni macam gelas. Kalau gelas kita boleh muat 200 ml, tiba-tiba kita ambil air dari botol mineral 1500 ml nak masukkan dalam tu, air itu akan melimpah!
Jadi nak buat macamana? Kena biasakan keluarkan air tersebut, dan besarkan gelas.
Keluarkan air = sedekah, derma, zakat. Barulah air baru boleh masuk.
Besarkan gelas = besarkan minda. Lagi banyak air baru boleh masuk.
Sekarang faham?
Afyan Mat Rawi, IFP
Bukan pakar, bukan coach, bukan juga Sifu kewangan. Hanya berkongsi pengalaman.
Dah habis baca? Jangan lupa
1. Klik share
2. Follow & see first FB ini
3. Ikuti Channel Telegram t.me/AfyanIFP
4. Follow juga Channel YouTube di sini
Sumber dari FB Afyan Mat Rawi
............................................................Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran