fbpx

Politik dalaman ejensi takaful & unit trust: realiti di sebalik kontrak

  • 4 days ago
  • 2Minutes
  • 323Words
  • 16Views

Ini komen saya di posting Ustaz Yazid Ismail berkenaan isu dalaman ejensi takaful.

Saya terlibat dlm kedua-dua dalam industri takaful sejak 2003, dan industri unit trust sejak 2008.

Dalam unit trust, saya pernah jadi ejen di syarikat P1, kemudian P2 dan sekarang di P3. Kebetulan pula ketiga-tiga syarikat unit trust yang saya join bermula huruf P. Hehe..

Utk takaful, saya bersama dgn satu syarikat sejak 21 tahun yg lalu.

Saya berada dalam sistem 3tier agency.

– Pernah hampir join sebuah ALC yg edtsblish dan pernah ditawarkan menubuhkan ALC sendiri oleh pihak syarikat.

– Pernah juga hampir join FAR dan pernah juga berpeluang menubuhkan FA sendiri.

Ok, berbalik kpd isu yang utama.

Pada pengamatan saya, semuanya ada politiking sendiri.

– Ada ejensi malah kompeni yg mempunyai unwriten laws yang melarang ejen2 menjalankan bisnes, begitu juga sebaliknya. Jika ada ejen-ejen yang membuat bisnes lain, akan kena pulau secara halusss dan kemuncaknya ada yang kena terminate menggunakan alasan lain.

– Ada ejensi yang sangat ketat proses kanaikan pangkat dgn syarat ekstra berbanding yang ditetapkan oleh kompeni.

– Ada leader yg berada di ALC / FA yang keluar walaupun bawa banyak bisnes dan rekrut. Sebab di ALC / FA pula, sebagus mana ejen / leader takkan mampu untuk naik pangkat melebihi owner ALC / FA, melainkan kena buat ALC / FA sendiri.

Sebenarnya mana-mana pilihan pun akan ada kelebihan dan kekurangan tersendiri.

Jika ada ejen / leader yang kena terminate, pastinya berpunca daripada ejen tersebut tidak memenuhi keperluan kontrak sbg ejen atau leader.

Dan pastinya, proses termination akan mengikut undang-undang dan kontrak yang termetrai antara ejen dgn ejensi.

Jika ada ejen / leader yang ditamatkan kontrak secara unlawfull dismissal, boleh buat aduan menggunakan saluran undang-undang.

Setakat ini baru sekali saya dengar kes leader kena terminate, kemudian dibawa ke mahkamah dan menang. Leader tersebut mendapat ganti rugi sewajarnya.

Kesimpulannya, jika ejen tersebut memenuhi kontrak maintenance of contract, hampir mustahil dia akan kena terminate. Tidak kira dalam industri takaful atau unit trust.

Wallahua’lam.

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Seorang rakan berkongsi info ini, dari laman web Besra. Pelabur…