Politik matang masih jauh dari realiti kita

  • 1Minute
  • 127Words
  • 7Views

Tidak kira apa sahaja pengumuman nanti, pastinya yang sebelum ini menyokong akan terus menyokong, yang membenci akan terus membenci

Hanya segelintir sahaja yang betul-betul-betul bersikap objektif dengan pengumuman yang bakal diumumkan.

Yang menyokong akan memuji dan menjilat segala pengumuman yang dibuat.

Kemudian yang tak menyokong akan perlekehkan dan menghentam pengumuman yang dibuat.

Ia dibalas oleh yang menyokong dengan menempelak mengatakan tidak bersyukur dan bandingkan dengan pemerintahan lama.

Dan ia akan disertai dengan gelaran-gelaran buruk seperti walaun, walanon, waliwat, dapig, macam dan sebagainya.

Di Malaysia, sentimen politik kepartian terlalu sempit.

Parti dianggap suci lagi murni dan sentiasa betul.

Jauh lagi untuk sampai ke tahap politik matang dan sejahtera.

Ia berlaku dalam semua parti, tidak kira BN, PAS mahupun PH.

Apa kata anda?

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Add a Comment

Recommended
Tiada perancangan sempurna dalam urusan harta. Kira merancang, Allah juga…