fbpx

PRN sudah berlalu. Ayuh bangunkan negara

  • 10 months ago
  • 3Minutes
  • 422Words
  • 171Views

Besar harapan saya agar tiada lagi usaha untuk menukar kerajaan baik di peringat persekutuan atau negeri.

Daripada 16 September, Langkah Kajang ke Langkah Sheraton – hanya menampakkan kerakusan pemimpin untuk mengejar kuasa, bukannya untuk rakyat sangat pun.

Menukar kerajaan di luar pilihanraya tidak menjadikan keadaan politik negara lebih stabil, ekonomi lebih baik malah ia menjauhkan para pelabur luar negara.

Biarlah semua MB negeri dan PMX mentadbir negeri dan negara hingga ke PRU-16 akan datang. Sementara Sekarang waktu untuk bekerja dan melaksanakan manifesto.

Cukuplah dalam sejarah Malaysia, 5 Perdana Menteri dalam masa 5 tahun dari 2018 hingga 2023. Kalau nak tukar, tunggulah PRU 16 akan datang. Masa tak bergasaklah lagi.

Saya yakin majoriti rakyat pun dah serabut dan bosan dengan politiking para ahli politik. Mungkin ini juga faktor yang menyumbang kepada peratusan mengundi yang rendah.

Ramai juga yang komen begitu dalam posting-posting saya sejak semalam. Mereka kata bosan sebab tak nampak apa perubahan dan baru je mengundi 8 bulan lepas. Jika ia benar, bermakna parti-parti politik masih belum berjaya mendewasakan rakyat tentang tanggungjawab berpilihanraya.

Kepada yang menang, jalankan tanggungjawab dan amanah sebaiknya.

Kepada yang kalah, bermuhasabahlah kenapa rakyat tolak.

Kadang pelik dan tergelak tengok komen pihak yang kalah mengatakan pengundi yang tidak mengundi mereka sebagai bodoh. Macamlah mereka cerdik sangat. Inilah yang terjadi apabila terlalu taksub.

Rakyat sudah buat keputusan. Hormatilah meraka.

Satu lagi harapan saya, next PRU Jalankan secara serentak semua kerusi DUN dan parlimen. Letih la banyak sangat pilihanraya dalam masa terdekat.

Malah Pilihanraya kecil pun, kalau boleh tak perlu pun tak apa. Gubal undang-undang baru, jika YB meninggal dunia, lantik je pengganti di kalangan parti sama. Tapi jika YB letak jawatan MP, bagi kepada parti yang dapat tempat kedua. Mohon mencadangkan, walaupun saya tahu tentu ramai tak setuju.

Siapa setuju dengan tulisan di atas? Like dan share supaya ia sampai kepada pihak berkenaan.

DISCLAIMER siap-siap: Maaf, saya bukan neutral dan bukan non-partisan.

Sejak dahulu saya zahirkan sokongan politk syaa tanpa perlu play safe.

Jika ada yang unfollow disebabkan perkara tersebut, saya terima dengan hati terbuka.

Bagi yang baru follow, saya perkenalkan diri. Nama saya Afyan Mat Rawi, seorang financial consultant.

Suka menulis perihal kewangan, cuma musim PRN ni sesekali menulis tentang politik bagi memeriahkan pesta demokrasi negara.

Saya juga penulis buku-buku kewangan. Buku terbaru saya bertajuk Financial Independence Retire Early atau FIRE. Tajuk je acah-acah English, tapi konten dlm BM 😅

Dalam buku ini dikongsikan 7 langkah demi langkah bagaimana mengumpul harta untuk mencapai FIRE dan 9 mindset dan habit kewangan untuk membentuk identiti FIRE.

Detail dan tempahan menggunakan link berikut:

BukuFIRE.com

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Program malam tadi. Topik: Financial Independence Retire Early atau FIRE.…