fbpx

Q & A Perbankan Islam

  • 11 months ago
  • 4Minutes
  • 775Words
  • 212Views

Terima kasih Tuan Radzie Ieskandaar tolong jawab persoalan tentang Islamic Banking di FB saya 😌

Antara soalan yg diajukan

Q:

Mohon pencerahan. Dulu Ms bljr di UIA, sy ambik accounting n amat berminat dgn accounting in Islamic banking. Ada satu ketika di kuliyyah of laws ada short course on Islamic banking. Ada satu statement yg dia bgtau yg membuatkan sy agak terkejut sbb Islamic Banking Act adalah copy n paste dari Banking and Financial Institution Act (BAFIA). Blh terangkan sedikit kemusykilan sy ni sbb smp skrg sy x dpt jawapan apakah perbezaan antara Islamic banking dgn Conventional Banking jika ianya sama shj dari segi akta yg govern the system itself. Kalu sy Salah mohon betulkan…

A:

Sekarang dah tak guna BAFIA.

Conventional bank govern by Financial Services Act 2013, Islamic bank govern by Islamic Financial Services Act 2013.

2 akta yang berbeza

Q:

Boleh tak tlg kupas perbezaan bank islam yg ada d negara kita dan bank yg ada d brunei contohnya baiduri bank dan BIBD.. skdr utk pengetahuan.

A:

Baiduri Bank konvensional, bukan Islamik

BIBD guna konsep yang sama dengan Malaysia:

  • personal financing akad tawarruq
  • home financing guna akad musharakah mutanaqisah, ijarah & bai bithaman ajil
  • micro financing guna akad ar rahnu

Q:

Still with UAI punya Ijtihad Dan pendapat..

Pinjaman bank kali pertama dibolehkan atas alasan darurat..

Kali kedua adalah Haram… (Indirect tidak mengiktiraf bank Islam)

Kalo setakat tukar dalam term , istilah ,akad

Maksud dalam memerangi Riba itu tiada..

Kerana guna still dalam sistem yang sama memberi keuntungan sistem kapitlis cuma tukar jenama Dan marketing..

Saya akan pinjam itupun jika darurat.. dengan mengira Kadar interest yang akan di absorb paling rendah.. Dan niat bayar cepat… Supaya terlepas cepat Dari penindasan..

A:

Bagi bukti UAI kata Islamic bank riba dan haram.

Video 1 UAI kata perbankan patuh syariah tiada riba, tidak haram. Video 2 UAI kata hutang bank Islam tanpa riba harus.

Anda menuduh UAI kata hutang bank Islam kali kedua haram, riba, guna sistem haram, tapi UAI tak kata macam tu, boleh jatuh fitnah.

Anda kata boleh guna riba untuk darurat, takde fatwa macam ni. Cari la ijtihad dan fatwa mana² ulama, takde fatwa mengatakan boleh guna riba sebab darurat.

Hukum riba seperti berperang dengan Allah dan Rasul. Kalau dah perang, tak ada pengecualian, tak ada keringanan, haram tetap haram.

Sedangkan babi pun ada dalil yang membolehkan makan ketika darurat

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, dan darah, dan daging babi, dan binatang-binatang yang disembelih tidak kerana Allah maka sesiapa terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak mengingininya dan tidak pula melampaui batas (pada kadar benda yang dimakan itu), maka tidaklah ia berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”

Surah al-Baqarah (173).

Ijtihad anda tiada asas, tiada dalil. Takde dalil quran & hadis menghalalkan riba waktu darurat, takde fatwa menghalalkan riba waktu darurat.

Yang ada hanya nafsu sendiri menghalalkan riba yang haram, dan mengharamkan perbankan Islam yang halal.

Anda sendiri tak tahu apa itu riba. Video UAI dah kata apa beza perbankan Islam & konvensional.

Belajarlah muamalat.

A:

interest, rendah atau tinggi, tetap haram.

Yang bezakan tinggi haram & rendah tak haram tu kristian.

Sebab tu english bezakan usury haram, interest tak haram.

Kalau kita percaya rendah & tinggi interest beza haram, takde beza dengan kristian.

Dalam Islam takde beza, tinggi atau rendah, usury atau interest, tetap haram.

Q:

Siapa yg buat kontrak bank Islam? Siapa yg approve? Of coz BNM. Siapa wakil konsumer / pengguna dr mana2 persatuan pengguna duduk dlm perbincangan bila kontrak itu didraft dan diluluskan? Dlm muammalat kontrak Islam ianya mendapat persetujuan dua pihak, jika bank Islam dh draft kontrak tersebut dan tunggu pengguna nk tandatangan atau tidak, itu x berapa Islam. Kalau pg pasar pn kita ada tawar menawar.

Contoh kalau rumah terbengkalai, adakah Bank Islam bertanggungjawab? Tp duit nak masuk.

Memberi keuntungan berat sebelah kepada pihak bank hanya kerana nk bg gaji tinggi pd pekerja bank Islam dan dividen tinggi pd depositor2 bank, itu dikatakan hujah bank islam kena ikut OPR? Manakala pembeli pula merana menanggung bayaran yg tinggi ? Itu dikatakan Islam?

A:

Siapa kata bank Islam tak boleh tawar menawar? Boleh je tawar menawar. Kalau dah keluar letter of offer, customer boleh request harga lebih murah, sampai la ada persetujuan bersama. Kalau takde persetujuan, jangan sign.

Kat pasar pun kalau dah tawar menawar, takde persetujuan, tak jadi jual beli. Dua² pihak kena setuju.

Kalau rasa harga OPR mahal, carik la harga yang tanpa OPR.

Macam jugak ayam, kalau kata harga ayam sekarang mahal sangat, nak harga ayam RM2 sekilo, pergila cari. Tak payah beli harga RM9 sekilo.

Takde paksaan, semua kena persetujuan bersama.

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Tahukah anda, sekalipun OPR naik, total hutang dlm kontrak yg…