Rahsia periuk bersih: Punca sebenar jelaga & cara atasinya
Dirty hands are signs of clean money
Sebenarnya lama dah orang rumah duk bersungut periuk dan kuali hitam sangat.

Saya fikir, normal lah tu. Periuk kuali memang la hitam legam.
Mula-mula beli sabun penyental, memamg jenuh menyental belakang kuali tu nak kasi putih balik. Tapi tak la jadi putih macam baru.
Nak dijadikan cerita, baru-baru saya beli periuk Dessini selepas banyak kali keluar dekat FYP.
Kemudian apabila guna sekali, hitam legam terus bontotnya. Aik? Periuk yang lama tu pun terus jadi hitam selepas sekali pakai?
Lepas selidik baru perasan rupanya berpunca dari api merah berjelaga, macam yang sebelah kanan (gambar di bawah)

Selamat ini tak terfikir pun itu puncanya.
Terus teringat mata pelajaran sains PMR dulu dalam topik nyalaan berkilau dsn nyalaan tidak berkilau.

Nyalaan berkilau macam yang sebelah kanan tu menghasilkan jelaga yang banyak berbanding nyalaan tidak berkilau.
Lalu bermulalah peranan seorang suami sebagai McGyver. Mula-mula jumpa posting dalam group Tukang Apa Hari ini (TAHI)


Kemudian duk godek-godek YouTube dan Tiktok untuk cari jalan penyelesaian.
Nampak video macan mudah, tapi sekali buat tak menjadi.
Sementelah jenis dapur cermin yang lekap pada simen.

Kebanyakan video panduan adalah untuk dapur jenis mudah alih.
Alhamdulillah selepas godek sana sini maka berjaya! Tengoklah sendiri gambar-gambar. Faham tak?

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi
............................................................
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran