Rancang Kewangan, Harta, Pusaka Elok-Elok Dari Sekarang
Bunyi bising orang sebelah rumah tukar kabinet baru. Habis semua dia angkut buang.
Sebenarnya pasangan ni, pengantin baru 2 tahun kahwin. Tapi tak dapat anak.
Duduk rumah pusaka. Kahwin baru 2 tahun, dah bercerai. Yang kena cerai tu merayu-rayu nak rujuk balik. Sebelum tu dah ugut macam-macam. Tapi sekali pasangan dia lafaz cerai, terus terkejut merayu nak rujuk balik.
Dulu masa mula-mula kawin, depa kata ramai orang jeloaus kat depa sebab dapat rumah pusaka yang menjadi rebutan orang kampung. Pantang orang tanya sikit, depa kata “takkan baru kahwin semalam, dapat anak hari ini?”
Lepas setahun langsung tak nampak tanda-tanda dapat anak. Dari awal masuk rumah pusaka, macam-macam depa buat kat rumah tu. Ada ka patut tanah dekat halaman rumah tu nak dijual kepada orang asing kampung sebelah?
Habis sekarang ni satu kampung kecoh depa dah bercerai. Tak pasti talak berapa. Tapi tak mustahil rujuk balik. Pasangan baru pun dah siap-siap beli pengantin. Sebelum tu ada yang kata pasangan baru akan masuk ikut pintu belakang. Tapi nampaknya tak jadi.
Kabinet semua dah keluarkan. Pintu nampak terbuka luas. Orang luar duk perhati dari jauh nak tengok siapa pasangan baru akan masuk.
Kelmarin ada orang nampak ada katanya sorang ada dinner, sorang lagi ada majlis zikir. Yang pergi dinner dengar kata dah jumpa pengganti. Dinner tu macam pre-wedding atau majlis pertunangan. Tapi dinafikan.
Pasangan yang dah kena cerai tu pula sebenarnya main kayu tiga. Dia ada perancangan nak singkirkan pemilik rumah yang sah dengan pasangan yang baru. Katanya, orang tua dah nyanyuk. Umur 94 tahun patutnya tak jaga rumah dah. Bagi yang muda sikit. Perancangan tu rupanya dah 20 tahun tapi tak menjadi. Dari pemilik rumah yang lama sampai pemilik rumah yang baru.
Pemilik rumah yang sekarang ni pun sebenanrnya pernah duduk situ. Dulu dia jadi pemilik rumah 22 tahun. Lepas tu dia bagi dekat pengganti. Pengganti bersilih ganti, dia minta balik untuk bagi kat anaknya, tapi masa tu pemilik rumah tu tak nak bagi. Dia pun marah la. Kemudian dia dapat masuk balik dan halau pemilik rumah sebelum tu.
Jadi dia dah masak sangat dengan hal ehwal rumah tu. Setiap inci dia tau. Silap langkah pasangan dia main kayu tiga nak singkirkan.
Masa mula masuk rumah, dengarnya dia nak keluar dan bagi pengganti. Katanya dah ada perjanjian.
Macam-macam spekulasi timbul. Orang kampung pun dah pening kepala.
Sebenarnya orang kampung risau pasal rumah pusaka tu. Takut-takut dijual tanah dan rumah tu sekaligus.
Jadi pengajaran buat pembaca, kena rancang kewangan, harta, pusaka elok-elok dari sekarang.
Kena ada plan harta pusaka, income protection, loving couple policy, harta sepencarian, hibah, dan sebagainya supaya bersedia kalau-kalau perkara sama terjadi.
Tuan rumah pesan, hubungan konsultan kewangan dari INFAQ Consultancy utk dapatkan khidmat nasihat berkaitan perkara itu.
Dengar kata depa ada promosi hibah RM300,000 bayar hanya RM65++ sebulan. Kalau RM300,000 hibah takaful, sekali dengan cover penyakit kritikal pula, jadi RM130++ sebulan. Itu untuk umur 30 tahun. Lagi tua, lagi tinggi caruman. Lagi muda, lagi rendah caruman.
Boleh juga tengok kat website konsultan kanan depa di sini. Kalau rasa nak lebih lanjut, boleh isi borang dalam link.
Kemudian, kalau nak belajar lagi pasal kewangan rumah tangga, boleh follow dan see first FB Afyan Mat Rawi dan sertai Channel Telegram
Habis baca ceritera ini? Jangan lupa share ya. Dah jangan marah aaaaa….
Berminat untuk mengetahui berkenaan pusaka, sila isi borang di bawah.
Sumber dari FB Afyan Mat Rawi
............................................................
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran