June 17, 2025
Raya haji, cerita Nabi, dan punchline dari Sarah

Masa Raya Haji baru-baru ni, saya berkongsi cerita pengorbanan keluarga Nabi Ibrahim kepada anak-anak.
Selepas bercerita tentang kisah Nabi Ismail yang bersetuju untuk disembelih oleh ayahnya, saya tanyakan anak-anak, untuk menduga:
“Anak-anak sanggup tak kena sembelih kalau ayah kata, Allah perintahkan Ayah untuk sembelih anak-anak?”
Masing-masing diam sambil tersengih, tiba-tiba Sarah menjawab:
“Sanggup!”
Semua terkejut. Kemudian Sarah sambung lagi;
“Sanggup, kalau yang kena sembelih tu bukan Sarah”
Aduyai….
Sumer dari FB Afyan Mat Rawi
............................................................
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran