Repricing medical card: Fakta, bukan mitos supercar ejen

  • 2Minutes
  • 234Words
  • 16Views

Tadi saya buat satu posting berkenaan repricing medical card.

Ada yang komen.

“Naik harga sebab nak cover expenses ejen nak beli supercar dan pergi melancong free.”

Komen sebegitu memang sedap dilontarkan, nampak savage dan garang, tapi hakikatnya jauh dari realitinya.

Kalau anda benci sangat ejen takaful, gunakan fakta bukan auta.

Nak kritik, silakan. Tapi jangan menipu dan lontarkan fitnah.

Sebenarnya 95% repricing adalah untuk tabung tabarruk untuk tujuan claim peserta. Manakala 5% adalah kos pengurusan syarikat takaful atau wakalah fees.

Komisen ejen? Antara 0% hingga 3% sahaja, bergantung kepada syarikat.

Saya sertakan bukti daripada surat rasmi repricing medical card yang dinyatakan jumlah peratusan yang masuk ke tabung tabarruk.

Hakikatnya, ejen pun malas nak hadap repricing. Saya yakin 100% pun tidak suka berlaku repricing.

Komisen tak banyak mana pun. Kemudian kena hadap klien yang marah-marah lagi.

Ejen lagi rela berhadapan rejection prospek untuk dapatkan pelanggan baru daripada berhadapan repricing pelanggan sedia ada.

Saya berikan simulasi sekiranya repricing naik RM100 sebulan untuk seorang peserta, dengan andaian 100 pelanggan setahun

Akam tambahan sumbangan menjadi RM10,000 sebulan dan daripada jumlah itu hanya RM300 masuk poket ejen, jika ada.

Berbanding cari pelanggan baru dengan jumlah yang sama, komisen RM4,000!

Ya, komisen 40%.

Kesimpulannya, repricing bukan peluang ejen beli supercar atau melancong percuma.

Repricing ialah langkah memastikan tabung tabarruk kekal cukup untuk menampung kos rawatan yang semakin meningkat.

Kalau rasa nak beli supercar dan melancong percuma, kena cari klien baru banyak-banyak.

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00

www.BukuFIRE.com

Add a Comment

Recommended
Lepas tengok infografik di FB Dr Azizul Azli Ahmad ini,…