Restoran Kapitan: Nasi beriani sedap dengan vibe berbeza
![](https://i0.wp.com/afyan.com/wp-content/uploads/2025/02/kapitan1.jpg?resize=600%2C338&ssl=1)
Jarang saya preview restoran, apatah lagi restoran mamak.
Jujurnya, saya memang jarang makan di kedai mamak.
Tapi selepas beberapa kali singgah di sini sejak pembukaannya beberapa bulan lepas, saya berani rekomen restoran ini.
![](https://i0.wp.com/afyan.com/wp-content/uploads/2025/02/kapitan2.jpg?resize=678%2C382&ssl=1)
Restoran Kapitan namanya. Terletak di Prima Gombak. Kalau datang waktu pagi, ada alunan bacaan al-Quran.
Dengan tagline “Where’s Cuisine Are Delicious,” restoran ni memang nampak lebih ‘classy’ daripada mamak biasa.
![](https://i0.wp.com/afyan.com/wp-content/uploads/2025/02/kapitan3.jpg?resize=678%2C382&ssl=1)
Namanya pun tak nampak unsur “restoran” Mamak yang biasanya ada perkataan “Maju”, “Al-“, “Bistro” atau perkataan arab. Tapi lepas masuk, ramai pekerja “mamak”
Bukan setakat makanannya, tapi suasana dan vibe kat sini pun memang berbeza.
![](https://i0.wp.com/afyan.com/wp-content/uploads/2025/02/kapitan4.jpg?resize=678%2C382&ssl=1)
Dari luar pun dah nampak gaya lain macam. Masuk je dalam, terus rasa macam lepak kat tempat mewah. Dekorasi dia bersih dan cozy, memang sesuai kalau nak datang lepak lama sikit sambil makan.
Memang jarang nak jumpa mamak vibe macam ni dekat area sini.
Bab kesedapan, ia subjektif. Lidah setiap orang tak sama.
![](https://i0.wp.com/afyan.com/wp-content/uploads/2025/02/kapitan6.jpg?resize=678%2C382&ssl=1)
Tapi yang boleh saya katakan paling rare, Kapitan fokus pada nasi beriani, bukan macam mamak biasa yang ada rojak dan roti canai. Di sini roti canai ada sebelah pagi sahaja, dan tak ada rojak.
Terkejut juga saya rojak tak ada masa saya datang tempoh hari dan minta nak makan rojak. Jarang restoran mamak tak ada rojak.
Walaupun saya kata tadi sedap itu subjektif, tapi nasi beriani dia memang sedap hingga menjilat sudu. Hahaha
Bagi yang suka nasi beriani, wajib cuba kat sini sebab memang lain daripada yang lain.
![](https://i0.wp.com/afyan.com/wp-content/uploads/2025/02/kapitan7.jpg?resize=678%2C382&ssl=1)
Harga boleh dikatakana berpatutan dengan portion diberikan.
Kalau ada dekat area Prima Gombak, singgah la kat Kapitan. Dah la nasi beriani dia sedap, suasana tempat ni pun buat kita rasa selesa dan puas hati.
Nak buat port lepak macam kedai mamak lain pun boleh. Saya pernah beberapa kali lepak sambil order air minuman sahaja, dan duduk situ beberapa jam tanpa kena judge. Hahaha!
Secara personal, saya prefer lepak di situ sambil order air sahaja berbanding lepak dekat restoran kopi mahal. Di sini lebih ekonomi dan menjimatkan, tapi vibe lebih kurang restoran mahal.
Yang paling penting, ia adalah milik orang Islam!
Sumber dari FB Afyan Mat Rawi
............................................................![Buku FIRE](https://i0.wp.com/afyan.com/wp-content/uploads/2023/05/BukuFIRE-NEW-1.png?w=678&ssl=1)
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran