Review jujur Donnis Cafe – Sedap, tenang, tapi…

Serba salah juga bila Chef Hadi ajak saya ke Donnis Cafe di Bandar Rimbayu untuk buat review. Saya tak pandai sangat nak review makanan ni, dan lokasinya agak jauh dari rumah saya di Gombak.
Tapi selepas tengok review di Google dan media sosial, rasa teruja pula. Majoriti puji makanan sedap, harga berpatutan, dan suasana menarik.
Lalu saya semak lokasi, rupanya lebih kurang 30 minit saja dari tempat anak saya belajar. Jadi, saya aturkan tarikh hujung minggu, sekali harung hantar anak ke asrama.
First impression? Memang WOW!
Suasana nyaman, cafe luas, dan ada kolam renang! Silap tak bawa baju renang, kalau tak boleh terjun sekali. Hahaha!
Cuma masa nak sampai tu, agak keliru sebab tak nampak signboard luar. Atau mungkin saya yang tak perasan. Tapi dengan bantuan Waze dan Google Maps, memang sampai tepat di lokasi.
Ketika berbuka, orang tak terlalu ramai, jadi tak perlu beratur lama untuk ambil makanan.
Antara banyak stesen makanan, roasted lamb leg jadi kegemaran saya.

Anak bongsu (setakat ini), si Usop, bertambah-tambah makan mac and cheese. Biasanya dia tak suka cheese, tapi kali ini entah kenapa boleh bertambah-tambah. Tapi dia memang suka makan makaroni.

Selain itu, ada banyak stesen lain seperti mi, pencuci mulut, salad, dan pelbagai menu utama. Cuma ada beberapa menu sampingan yang tiada semasa saya hadir tempoh hari. Tapi tak menjejaskan pun sebab yang penting ada kambing. Hahaha!

Rupanya, Donnis Cafe dah buka agak lama, malah beberapa artis dan selebriti pernah datang menjamu selera di sini.

Di luar Ramadan, mereka beroperasi sebagai restoran dan cafe setiap hari dengan pelbagai menu. Malah mereka juga sediakan perkhidmatan ketering dan ruang event termasuk kenduri kahwin.

Cuma satu perkara…
Surau di sini agak sempit. Kalau di luar Ramadan mungkin tiada masalah, tapi di bulan Ramadan, sudah tentu ramai pengunjung ingin solat Maghrib selepas berbuka.

Jadi, mungkin pihak cafe boleh pertimbangkan untuk sediakan surau sementara khas untuk bulan Ramadan.
Harap Chef Hadi boleh terima cadangan ni.
Ada mana-mana Chef nak offer saya review makanan lagi? Lepas ni nak kena caj duit petrol sekali la. Hahaha!
Sumber dari FB Afyan Mat Rawi
............................................................
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran