fbpx

Rezeki Bukan Sekadar Harta

  • 11 years ago
  • 2Minutes
  • 246Words
  • 436Views

Rezeki Bukan Sekadar Harta

(i)
Rezeki bukan sekadar harta,
Rezeki bukan sekadar pendapatan yang lumayan,
Rezeki bukan sekadar harta yang banyak,
Rezeki bukan sekadar rumah yang besar,
Rezeki bukan sekadar kereta yang mewah,
Rezeki bukan sekadar rumah yang besar,
Rezeki bukan sekadar hartanah yang bertimbun,
Rezeki bukan sekadar pelaburan yang menguntungkan.

(ii)
Memiliki isteri yang solehah,
dan sejuk mata memandang juga adalah rezeki,
Meskipun wajahnya tidaklah secantik bidadari.

Mempunyai suami yang soleh,
dan bertanggungjawab juga adalah rezeki,
Biarpun wajahnya tidak sekacak artis hindi.

Zuriat yang banyak juga adalah rezeki,
Anak-anak yang soleh dan solehah juga adalah rezeki,
Sebab ramai orang kaya tak dikurniakan zuriat dan anak-anak.

Keluarga yang bahagia juga adalah rezeki,
Inilah yang memberi ketengangan abadi.

Rumah kediaman yang selesa biarpun kecil juga adalah rezeki,
Sebab rumah yang besar belum tentu memberi bahagia.

Kesihatan yang baik juga adalah rezeki,
Sebab berapa ramai orang kaya ditimpa pelbagai penyakit.

(ii)
Harta yang banyak mampu membeli rumah yang besar,
Tapi belum tentu membeli sebuah kebahagiaan.

Harta yang banyak mampu membeli sebuah tilam yang empuk,
Tapi belum tentu mendapat tidur yang lena.

Harta yang banyak mampu untuk memikat isteri yang cantik,
Tapi belum tentu mendapat isteri yang taat.

Harta yang banyak mampu membayar untuk hospital dan doktor yang pakar,
Tapi belum tentu mendapat sebuah kehidupan yang sihat.

Harta yang banyak mampu membiayai pendidikan yang mahal,
Tapi belum tentu memberi sebuah kehidupan yang cemerlang.

Harta yang banyak mampu membeli jam yang branded,
Tapi belum tentu membeli masa yang berkualiti.

(iv)
Rezeki bukan sekadar harta!

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

One Comment

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
TAKAFUL DAN PELABURAN Produk takaful adalah untuk perlindungan kewangan, bukan…