fbpx

“Sarah haus, nak minum”

  • 5 years ago
  • 2Minutes
  • 251Words
  • 274Views

sarah

Tertunggu-tunggu #DramaRamadhanSarah bersiaran? 😆

Dari pagi tadi Sarah dan abang kakaknya mengikuti program Tahsin Quran di masjid berdekatan. Program dari pagi sampai petang, sekali dengan aktiviti memanah.

Alhamdulillah, tiada rengekan ingin berbuka sehinggalah kami mengambilnya dari masjid selepas Asar tadi.

Sebaik sahaja masuk kereta, Sarah terus merengek;

“Sarah haus, nak minum”

“Ok la, Sarah minumlah”, kata saya dengan harapan dia tak minum.

Ini strategi yg pernah dibuat pada hari pertama.

Apabila beri peluang berbuka dengan cara cabaran begitu, Sarah tak jadi berbuka.

Tapi kali ini tidak. Dia tercari-cari air.

Kebetulan kami memang sediakan bekalan dalam kereta sebab selepas mengambil anak-anak dari program, terus menghantar anak sulong balik asrama.

Sebagai persediaan waktu berbuka masuk sebelum sempat kembali ke rumah.

Sarah mengambil botol air, dan meletakkan di mulut hendak minum, dan terus Umminya berkata;

“Alaa Sarah, sayangla….”

Sarah tarik balik botol air.

“Sarah hauuuuuusss”, Sarah merayu. Sedih la pula.

“Sarah tadi best tak program?”, Umminya bertanya.

“Best la juga”, kata Sarah.

“Ada apa masa program?”, Umminya bertanya lagi.

Saya dah nampak “permainan” Ummi Sarah. Kami senyum-senyum.

“Tadi ada main memanah!”, Zulaikha yang menjawab sebelum sempat Sarah menjawab.

“Best tak main panah? Besar tak anak panah tu? Ada tak kawan-kawan lain datang program tadi?”, Ummi bertanya bertalu-talu dan anak-anak pun galak menjawab bercerita pengalaman berprogram hari ini.

Macam-macam cerita keluar. Strategi berjaya. Ini dipanggil “hikmat mengubah topik”.

Hikmat ini digunakan berkali-kali sepanjang perjalanan pergi balik.

Tamat Drama Ramadhan Sarah hari ke-7.

Ada 23 hari lagi.

Soalan: Cari Sarah dalam gambar.

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Bisnes MLM / refferral program / affiliate yg bagus ialah…