fbpx

Satu analisis tentang stigma dan realiti industri takaful di Malaysia

  • 2 years ago
  • 4Minutes
  • 710Words
  • 414Views

Pada mulanya seorang rakan ejen berkongsi poster ini dalam group ejensi. Ketika melihatnya kali pertama, saya hanya respon smiley. Terhibur…

Kemudian baru perasan ia disiarkan di FB GAGS Malaysia.

Apabila membaca ruang komen, saya perasan ramai juga ejen-ejen takaful semacam sentap dengan poster tersebut. Ada yang siap marah-marah menandakan tersinggungnya mereka.

Tidak sedikit yang mengatakan poster itu memburukkan kerjaya sebagai ejen takaful. Ada juga yang kata jangan generalise semua ejen takaful begitu.

Tambah mengeruhkan keadaan, ada juga segelintir netizen yang mungkin sudah pendam perasaan lama, mengambil kesempatan mengkritik dan menghentam ejen takaful.

Saya hanya tersenyum dalam hati.

Jom kita tengok balik dan buat analisa terhadap kandungan poster “Ejen takaful starter pack”.

  • Baju blazer itu sebagai pakaian formal yang kemas.
  • Kereta mewah tu pula, tidak sedikit ejen takaful yang suka tayangkan kereta mewah sebagai tarikan
  • Laptop / Ipad, untuk buat quotation pelanggan
  • Lagu “I’m unstoppable”. Lagu yang biasa dimainkan dalam ejensi, selain lagi “Gemuruh” nyanyian Faizal Tahir. Ia sebagai pemberi semangat untuk menjalankan bisnes.

Ok apa poster tu? Bukannya kata ejen takaful ni jahat pun.

Rakan-rakan ejen, rileks aaa.. Jangan la cepat sangat sentap 😌

Itulah realiti yang masyarakat lihat di luar sana.

Mereka melihat, selepas join jadi ejen takaful, tayangkan kemewahan. Pakai blazer full suit. Tayang kereta mewah. Tayang kebendaan. Tayang rumah besar. Tak kurang yang tunjuk duit berkepuk-kepuk. Tunjuk akaun bank. Dan segala macam yang ditunjukkan.

Jadi, apabila ada yang buat poster sebegini, tak perlulah nak sentap kalau memang ada yang buat begitu.

Bagi yang tak buat semua tu, sepatutnya tak perlu terasa.

Sebenarnya ramai je ejen takaful yang tak menunjuk-nunjuk begitu dan komited jalankan kerja mereka. Tapi mungkin ia jarang menonjol.

Tapi malangnya yang menonjol ialah mereka yang suka menunjuk-nunjuk gaya hidup dan kemewahan, maka akibatnya itulah yang menjadi stigma masyarakat terhadap ejen takaful.

Saya kongsikan sedikit realiti industri ini. Berikut beberapa laporan berita berkenaan industri dan ejen takaful

“Sikap ejen insurans dan takaful yang mengutamakan penjualan produk perlindungan beserta pelaburan, menyebabkan premium bulanan lebih mahal dan menjadi punca nilai pampasan diperoleh pelanggan adalah kecil”

– Malaysian Takaful Association (Utusan Online, 1 Julai 2014)

“Hampir 90 peratus daripada rakyat Malaysia yang dilindungi insurans hayat, mempunyai perlindungan di bawah kadar sebenar”

– Life Insurance Association of Malaysia (LIAM) (26 Julai 2017)

“Produk insurans dan takaful masih tidak menarik bagi sebahagian besar rakyat Malaysia berikutan kebanyakannya terlalu kompleks dan tidak mampu dimiliki”

– Gabenor Bank Negara Malaysia | Central Bank of Malaysia (Official) (Astro AWANI, 31 Oktober 2017)

“Walaupun sumbangan premium insurans hayat dan takaful keluarga meningkat 48 peratus sejak 2010 namun kadar penembusan hanya bertambah lima mata peratusan sekali gus menunjukkan industri itu semakin menumpukan segmen insurans yang sempit. Jika kita mengenepikan pengiraan dua kali, hanya 35 peratus orang dewasa mempunyai sejumlah bentuk perlindungan”

– Gabenor Bank Negara Malaysia (ASTRO AWANI, 31 Oktober 2017)

“Purata jurang perlindungan bagi setiap rakyat Malaysia yang bekerja ialah RM200,000 yang diperlukan untuk mengekalkan taraf hidup semasa bagi tanggungan sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya pencari nafkah.”

– Malaysian Takaful Association

Berdasarkan fakta, statistik dan laporan berita di atas, sebenanrnya masih banyak yang kita perlu jalankan untuk menarik lebih ramai rakyat Malaysia menyertai takaful.

Sejak saya menyertai industri kewangan dan takaful pada 2003, penebusan takaful tak cecah lagi ke angka 20%.

Bayangkan, industri takaful sudah wujud 40 tahun tapi kadar penebusan takaful di kalangan rakyat tak sampai pun 20%. Seolah-olah purata setahun hanya pertambahan kurang 0.5% sahaja rakyat Malaysia melanggan takaful setiap tahun.

Dengan ada lebih kurang 10 kompeni takaful di Malaysia, dengan beribu-ribu ejen di seluruh negara, fakta ini pahit untuk ditelan.

Ditambah pula segelintir ejen takaful yang mempromosikan takaful untuk tujuan simpanan / pelaburan,, walaupun BNM tegas mengatakan bahawa takaful adalah untuk perlindungan dan bukan untuk simpanan atau pelaburan. Ia menyebabkan masyarakat jadi keliru dengan fungsi sebenar takaful.

Justeru, sebagai ejen takaful, banyak lagi tanggungjawab dan kerja kita di luar sana untuk mengajak lebih ramai masyarakat kita menyertai takaful sebagai medium perlindungan kewangan.

Gunakan media sosial untuk berkongsi manfaat takaful kepada masyarakat dengan cara yang lebih menarik. Insya Allah dengan kaedah yang betul, tanpa perlu tonjolkan kemewahan pun akan lebih ramai yang join.

Berdasarkan pemerhatian saya, yang suka menunjuk-nunjuk kemewahan selalunya scammer. Kita sebagai ejen takaful perlu berpada-pada dalam hal ini supaya masyarakat tidak memandang serong kepada kerjaya kita.

Siapa yang berminat jadi ejen tanpa perlu menunjuk-nunjuk kemewahan, boleh klik

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Kesian pula tengok ejen takaful baru sorang ni, Wan Khairul…