Saya lebih suka jadi pemerhati dulu

  • 2Minutes
  • 349Words
  • 8Views

Terima kasih kepada rakan-rakan yang ajak saya join MOVA, namun saya ambil sikap tunggu dan lihat dulu.

Saya taknak menulis banyak tentang MOVA. Saya hanya ceritakan pengalaman peribadi menyertai bisnes-bisnes affiliate atau networking.

Biasanya, saya jarang aktif dalam sesuatu program bisnes hanya disebabkan hype atau kerana ia baru muncul.

Lebih-lebih lagi apabila ia memerlukan kos yuran tertentu untuk menjana pendapatan tanpa ada produk atau servis yang berbaloi dengan harga.

Situasi yang sama berlaku ketika ramai yang ajak saya join QM dulu.

Ketika itu ada juga niat nak sertai ketika ia mula-mula hype, tambahan pula ada pamatuhan syariah daripada badan yang sangat mempunyai kredibiliti.

Ya, saya memang mendaftarkan diri sebagai ahli tapi hanya sebagai pemerhati

Saya tidak langsung aktif mempromosi kerana banyak persoalan tidak mampu dijawab oleh syarikat dan upline.

Kini saya bersyukur kerana tidak join awal-awal dulu. Kalau saya join, mungkin sekarang saya dah ada banyak downline, ada banyak duit hasil bianes QM tapi….

Begitu juga ketika saya sertai KAB Gold pada tahun 2021. Selepas daftar, saya hanya jadi pemerhati sahaja.

Namun saya hanya aktif pada penghujung 2023. Untuk aktif sebagai dealer, perlu beli sejumlah emas yang mempunyai nilai. Konsepnya mudah, beli emas dapat emas, jual emas dapat komisen.

Produk emas KAB Gold saya sasarkan untuk mereka yang ingin membeli emas untuk tujuanb pelaburan jangka masa panjang

Saya juga sertai WeKongsi pada 2023, ketika program ini mula diwujudkan. Tapi hanya aktif awal tahun 2025.

Dalam tempoh tersebut saya hanya pemerhati dan langsung tidak promote. Selepas yakin apabila melihat program ini, barulah saya mula promote.

Program WeKongsi pula saya sasarkan kepada mereka yang memerlukan alternatif medical card.

Kedua-kedua emas dan program crowd-sharing ini sebagai pelengkap dalam bisnes takaful yang saya jalankan selama ini. Kedua-duanya secara part-time sahaja dan online.

Selain itu, saya juga ada sertai program affiliate Shopee, TikTok dan beberapa affiliate lain tanpa sebarang kos tambahan. Sesekali saya kongsi link affiliate Shopee dan produk-produk affiliate lain.

Berbalik kepada MOVA, setakat ini saya belum nampak objektif yang jelas untuk mengaktifkan peluang bisnes berbayar seumpama itu.

Kepada rakan-rakan yang sudah aktif, saya ucapkan semoga berjaya!

Untuk saya, belum lagi.

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Add a Comment

Recommended
Program affiliate yang genuine tidak perlukan entry cost yang tinggi…