fbpx

SCAM : Penipuan 3 penjuru

  • 2Minutes
  • 254Words
  • 48Views

AWAS! TEKNIK SCAM “PENIPUAN 3 PENJURU”

Kepada peniaga emas, berhati-hatilah jika menerima mesej atau panggilan mencurigakan, terutama dengan modus operandi seperti ini.

Teknik ini saya gelar “Penipuan 3 Penjuru”, kerana melibatkan tiga pihak: penjual, pembeli, dan scammer sebagai perancang utama.

Modus Operandi Scam 3 Penjuru:

1. Scammer menghubungi penjual emas dan menyamar sebagai pembeli yang berminat membeli emas. Dia meminta gambar emas yang ingin dijual.

2. Scammer menghubungi pembeli lain dan menyamar sebagai penjual emas pre-loved. Dia mendakwa ingin menjual emas tersebut dengan harga menarik kerana terdesak.

3. Scammer menghantar gambar emas yang diperoleh daripada penjual kepada pembeli untuk meyakinkan bahawa dia benar-benar memiliki emas tersebut.

4. Scammer mencipta cerita bahawa dia tidak dapat hadir sendiri dan akan menghantar “wakil” untuk urusan jual beli.

5. Kepada pembeli, scammer meminta mereka tidak berbicara banyak dengan “wakilnya” dan terus memindahkan wang selepas melihat emas.

6. Kepada penjual, scammer memberi alasan serupa dan mendakwa “wakilnya” akan hadir untuk melihat emas sebelum membuat bayaran.

7. Scammer mengatur temu janji antara penjual dan pembeli di lokasi tertentu tanpa diketahui kedua-dua pihak.

8. Penjual membawa emas untuk ditunjukkan kepada pembeli, manakala pembeli percaya emas tersebut adalah milik scammer yang kononnya “terdesak menjual.”

9. Selepas pembeli melihat emas, dia memindahkan wang kepada akaun scammer, menyangka urusan telah selesai.

10. Selepas transaksi berlaku, penjual masih memegang emas, tetapi pembeli mendapati dirinya telah kehilangan wang kepada scammer. Kedua-dua pihak akhirnya menyedari mereka telah ditipu.

Hati-hati, scammer semakin licik. Jangan biarkan diri anda menjadi mangsa!

Sebenarnya teknik ini pernah berlaku juga dalam urusniaga barangan prelove lain seperti handphone, laptop dan sebagainya.

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Tahukah anda, sudah ada kes mahkamah syariah yang disabitkan ke…