fbpx

Screenshot belanjawan bulanan netizen

  • 2 years ago
  • 2Minutes
  • 330Words
  • 371Views

Berdasarkan belanjawan ini, dengan belanja minyak RM200 sebulan, jangkaan saya dia tak pakai sangat pun kereta. Mungkin hanya pakai motosikal untuk pergi balik kerja. Manakala kereta pula hanya digunakan sekali-sekala seperti untuk balik kampung (baca: show off).

Meneruskan kehidupan dengan gaya hidup sebegini, seumpama menuju ke #nerakawang. Kereta Bangsa H yang dibelinya itu memudahkan dia bergerak pantas ke #nerakawang.

Sebulan dua pakai, memang tak perasan lagi. Dia akan start perasan apabila time nak servis kereta. Dan dia akan lebih perasan kereta itu membawanya ke #nerakawang selepas genap setahun pakai ketika hendak renew roadtax dan takaful kereta.

Berdasarkan komen-komen dalam posting gambar screnshot ini, ramai yang menegur berkenaan handphone, SmartWatch dan kereta yang dibelinya.

Antara cadangan dan kritikan yang diberikan ialah:

  • Tak perlu pakai kereta Bangsa H. Motosikal yang dia ada sudah memadai. Ansuran RM785 tu boleh simpan.
  • Beli handphone dan smart watch secara tunai. Bajet asal RM450 tu kumpul selama 2-3 bulan, dan kemudian beli telefon dan smartwatch secara tunai. Tak semestinya kena beli brand Apple.

    Adakah ia dapat menyelesaikan masalah kewangan yang dihadapi? Belum tentu.

Tidak dapat dinafikan, dengan 2 tindakan mudah ini dapat membantu dia menyimpan lebih RM1,000 setiap bulan. Namun ia hanya menyelamatkan kewangan beliau untuk jangka masa pendek.

Kenapa saya katakan jangka masa pendek? Sebab, jika mindset kewangan masih dalam keadaan asal, kebarangkalian besar wang simpanan yang ada akan disalurkan kepada perkara tidak berfaedah lain.

Jika betul-betul nak membina kehidupan dan kewangan yang lebih baik, tindakan-tindakan di atas perlu disertai dengan matlamat dan mindset yang betul.

Dalam buku Bijak Merancang Wang, tindakan mengawal dan mengurangkan belanja berada dalam langkah ke-5 daripada 7 langkah dalam mengubah kewangan.

Ya, nombor 5. Maknanya jika terus ke tindakan tersebut, sebenarnya dia sudah skip 4 langkah penting.

7 langkah itu adalah.

1. Letak matmalat kewangan yang jelas
2. Amalkan mindset kewangan yang betul
3. Buat plan tindakan
4. Tambah pendapatan
5. Kawal belanja dan perbelanjaan
6. Bina aset melalui simpan dan labur
7. Pertahankan aset yang dibina

http://bukubmw.com <——- Belajar ilmu-ilmu kewangan secara bermodul menggunakan #BukuBMW Buku Bijak Merancang Wang

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Atomic Habits: Bagaimana Habit terbentuk Habit terbentuk melalaui pengalaman. Apabila…