fbpx

Sediakan “Tyre Sealer Inflator” Sebelum Tayar Bocor

  • 7 years ago
  • 4Minutes
  • 641Words
  • 1448Views

Malam tadi selepas selesai kendalikan sesi training Synergy Group bersama rakan-rakan INFAQ, hendak dijadikan cerita, tayar bocor selepas selesai training.

Mujurlah ada bendalah ini yg dibeli secara online beberapa bulan dahulu sebelum raya Aidilfitri.

Jika Google namanya “car tyre sealer inflator”. Ia dalam bentuk botol spray macam spray racun serangga. Tapi ada sumbu macam straw di hujungnya. Rujuk gambar dan video.

Sebelum raya baru-baru ini, saya tertonton satu video penggunaan alat ini di FB. Bagaimana mudahnya menyelesaikan masalah tayar bocor dengan hanya mencucuknya pada tiub tayar dan kemudian tayar mengembang dan sekaligus menampal kebocoran. Ditunjukkan juga, orang perempuan pun mudah utk guna.

Masa tengok vidoe tu, nampak macam “too good to be true”.

Lalu saya Google dan jumpa dgn pelbagai harga. Saya beli 2 unit dgn harga paling murah.

Dalam hati, “Kalau alat ini tak berfungsi, kira rugi sedikit sahaja. Jadi kalau tak guna, tak membazir sangat”. Sebab itu saya cari yg harga paling murah. Hahaha

Persediaan untuk balik raya. Yang menjadikan saya trigger bersungguh-sungguh utk beli juga sebab kebetulan beberapa minggu sebelum itu, tayar pernah bocor ketika bersama keluarga.

Jenuh berpeluh buka tayar dan gantikan dengan tayar spare. Dan satu famili dalam kereta. Gantikan seorang tayar kereta seorang diri, dan itu bukan pengalaman kali pertama. Berpeluh satu badan.

Berbalik kepada cerita malam tadi. Tayar disedari bocor sebaik sahaja keluar daripada parkir. Terus teringat bendalah ini dalam bonet. Keluarkan untuk dicuba guna.

Ini pertama kali percubaan untuk digunakan. Tengok dekat botol untuk cari cara penggunaan, dengan bantuan lampu dari hendphone, masalah seterusnya muncul. Semua tertuis dengan tuisan Cina!

“Adeh….. Macam mana nak guna ni?”

Cuba juga ikut gerak hati. Masa mula-mula cuba, tak menjadi. Keluar semacam buih dari botol itu.

“Ahhh…. sudah. Rosak ke alat ni?”. Terfikir mungkin sebab dah lama, jadi ia expired.

Lalu saya ambil botol kedua dan cuba. Pada cubaan kedua, nampak macam menjadi. Baru perasan rupa-rupanya pada percubaan pertama tadi, bucu sumbu dari botol tidak dipasang kemas pada tiub.

Alhamdulillah, menjadi! Habis botol kedua, guna balik botol pertama yg disangka “expired” tadi. Kali ini dipasang kemas-kemas dan menjadi.

Alhamdulillah, selesai. Syukur. Dapat balik dengan tenang. Singgah Petronas untuk tambah isi padu angin.

Oh ya, ada sedikit pengajaran yang saya peroleh dari insiden ini.

Hidup ini penuh dengan ketidaktentuan. Kita tidak tahu bila musibah menimpa dan ia datang tanpa berikan signal. Bak kata pepatah, malang tak berbau. Mujurlah malam tadi, ALLAH takdirkan ketika musibah berlaku, saya telah beli alat ini 5-6 bulan sebelum ia berlaku.

5-6 bulan alat itu dalam kereta saya tanpa digunakan, sehingga malam tadi. Barulah rasa betapa berbaloinya saya beli alat ini 5-6 bulan lepas.

Saya tak dapat bayangkan jika ia tiada, di waktu hampir tengah malam pula, dan kedai-kedai tayar pun sudah tutup operasinya. Masa saya beli hari tu, cari yang paling murah tapi kalau malam tadi baru hendak cari alat itu, saya sanggup bayar harga paling tinggi.

Kebetulan malam tadi, topik yang saya kongsikan kepada peserta training ialah tentang income protection takaful. Samalah macam takaful dalam kehidupan. Masa bayar rasa macam membazir. “Membazir sahaja bayar bulan-bulan, tapi tak guna”.

Tapi hakikatnya, apabila sudah berlaku musibah, ia sudah terlambat utk membuat persediaan. Jika hendak bayar dengan caruman 100 kali ganda dari caruman normal pun, tidak ada produk takaful yang boleh terima.

Pagi ini, perkara pertama saya buat apabila masuk pejabat ialah cari alat ini cepat-cepat dan borong banyak-banyak.

Allah sudah berikan saya signal malam tadi.

Oh ya, terima kasih Sdra Mohd Hasral Mohd Sibi yg membantu malam tadi 🙂

Beliau yang memaklumkan tayar kereta saya bocor dan membantu saya sepanjang peristiwa di atas. Dan beliau jugalah yang tolong rakam gambar dan video ini.

Afyan Mat Rawi,
Saya tidak dibayar untuk promosi alat ini 🙂

P/S: Barang ini wajib ada dalam setiap kenderaan kecuali anda sanggup berpeluh berpenat menukar tayar demi untuk jimat beberapa puluh ringgit macam saya dulu.

Foto Afyan Mat Rawi.

Foto Afyan Mat Rawi.

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

2 Comments

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Lama tidak terima jemputan ceramah. Program pagi tadi bersama para…