Selamat Dan Sejahtera Dunia Akhirat
Kita memilih institusi kewangan Islam bukan kerana namanya Islam.
Kita memilih perbankan Islam bukan kerana namanya Islam.
Kita memilih takaful bukan kerana namanya takaful.
Perbankan Islam dan takaful, bukan agama. Tidak ada dalam Quran dan Hadith.
Yang ada dalam Quran dan Hadith ialah pengharaman riba.
Kita memilih perbankan Islam kerana ia adalah alternatif perbankan konvensional yang penuh dengan dosa riba.
Kita memilih syarikat takaful kerana ia adalah alternatif kepada syarikat insurans konvensional yang penuh dengan dosa riba.
Kedua-dua institusi ini ditubuhkan dengan mempunyai “Majlis Syura” atau lebih dikenali sebagai “Majlis Penasihat Syariah” atau MPS.
MPS akan bermesyuarat secara berkala untuk memastikan hal-ehwal muamalat syarikat mengikut piawaian patuh syariah yg ditetapkan.
MPS yang bertanggungjawab atas setiap produk yang dikeluarkan, mestilah patuh syariah.
“Bank Islam zalim!”
Keadilan bukan hanya pada nama keadilan. Keadilan Islam ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya.
Tiada yang lebih zalim daripada riba.
“Bank Islam pun amalkan back-door riba”
Itu merupakan label buruk yg dilemparkan ke atas perbankan Islam.
Nabi Muhammad dahulu pun dilemparkan macam-macam. Pemecah belah. Sesat.
Jadi apalah sangat dengan label “back-door riba”
Institusi kewangan Islam disokong oleh para alim ulama muktabar. Di Malaysia, belum ada lagi alim ulama yg muktabar menolak institusi kewangan Islam dan mengatakan ia riba.
Yang ada ialah musuh-musuh institusi kewangan Islam.
“Tapi bank Islam dan takaful ada banyak kelemahan! Sistem tak up-to-date. Servis lambat. Slow!”
Ya, ia ada banyaaaaaak kelemahan. Kalau dicari, memang akan jumpa segala jenis kelemahan yang ada.
Kalau nak cari kelemahan ejen takaful atau staf perbankan Islam, memang banyaaaaaak. Mulut celupar, suka ponteng, buat kerja sambil lewa, tak reti buat kerja dan sebagainya.
Tak dapat dinafikan, imej institusi kewangan Islam terjejas disebabkan oleh kelemahan beberapa player dari kalangan ejen dan staf.
Tapi ia bukan alasan untuk menolak institusi kewangan Islam selllluuuruuuhnya.
Ada kelemahan, kita baiki.
Sokongan tetap tidak berbelah bagi.
Yang penting ialah dasarnya.
Analogi mudah, orang Islam pun banyak kelemahan. Takkanlah disebabkan kelemahan orang Islam, kita menolak Islam?
Institusi kewangan Islam, perbankan Islam dan takaful bukan agama. Tapi dengan menyokong pembangunan kewangan Islam melalui perbankan Islam dan takaful adalah tuntutan agama. Dan dapat pahala!
Pilih Islam, anda selamat dan sejahtera dunia akhirat!
Sumber dari FB Afyan Mat Rawi
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran