fbpx

Semakan Laporan CCRIS Secara Online

  • 5 years ago
  • 2Minutes
  • 384Words
  • 289Views

Cara membuat semakan dan mendapatkan laporan CCRIS secara online.

Tak perlu keluar dari tempat anda, boleh dilakukan melalui telefon bimbit anda!

Cara yg biasa diberitahu ialah dengan cara pergi ke pejabat Bank Negara Malaysia atau AKPK untuk pengesahan diri dan kemudian daftar online. Cara itu percuma sahaja.

Jika gunakan cara yang saya kongsikan ini, ada bayaran RM10.

Ada perbezaan laporan yang diterima, bukan setakat maklumat bank. Ada juga maklumat dari SSM, mahkamah dan lain-lain.

(Nota: Saya buat 2 kali. Siang tadi untuk diri sendiri dan malam ini untuk isteri. Dapat!)

Ikuti step by step berikut;

1. Buka website https://www.creditbureau.com.my/

 

2. Klik menu yg ada 3 garisan sebelah kanan atas website ini dan akan keluar sub-menu. Klik “Get My Credit Report”

 

3. Akan keluar laman bertajuk “Start Your Credit Positive” dan klik “INDIVIDUAL”.

 

4. Kemudian keluar ruang untuk “Login to My CBM account, klik “Sign Up”.

 

5. Keluar ruang pendaftaran “Individual Registration” dan attachkan kad pengenalan anda.

Boleh ambil gambar menggunakan kamera handphone dan attachkan gambar-gambar kad pengenalan depan dan belakang. Hanya format gambar diterima di sini.

Klik submit.

 

6. Selepas itu, akan keluar ruang untuk isikan maklumat peribadi. Maklumat yg ada pada gambar secara automatik akan keluar pada ruang ini seperti nama, no IC dan alamat. Semak dan isi yang kosong.

Klik “submit”.

 

7. Keluar page “New Purchase”, dan klik “Purchase”.

Oh ya, perkhidmatan ini perlukan bayaran RM10 ya, bukan free.

 

8. Klik “Confirm Payment”.

 

9. Selepas itu akan dibawa ke website merchant untuk membuat bayaran. Ada beberapa pilihan bayaran termasuk pembayaran melalui kad kredit, FPX dll

 

10. Selepas selesai pembayaran, akan keluar beberapa “Security Question”. Pastikan anda ingat maklumat-maklumat kewangan anda seperti maklumat hutang, maklumat akaun bank, maklumat PTPTN dan lain-lain.

 

11. Selesai semua soalan, akan keluar kenyataan “You have passed the Security Question”. Sejurus sepas itu laporan CCRIS akan dihantar ke e-mel anda.

Jika anda silap menjawab soalan-soalan tadi, anda perlu hubungi pihak Credit Bureau Malaysia (CBM) untuk membuat pengesahan sekali lagi.

 

12. Semak e-mel. Laporan CCRIS dihantar di sana. Selesai!

 

(Follow dan like Afyan Mat Rawi, IFP utk lagi tip-tip kewangan dan kehidupan. Kongsikan kpd pasangan dan rakan-rakan supaya maklumat ini dimanfaatkan bersama

Sertai Seminar Bijak Merancang Wang #SeminarBMW yg diadakan di KL, Melaka, Sungai Petani, JB dan Kuantan sepanjang Feb hingga April 2018.)

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Dipetik dari FB Unit Trust Terbaik Malaysia TOP 30 UNIT…