“#SeminarBMW Menjelaskan Konsep Rezeki dan Pelbagai Asas Ilmu Kewangan” – Testimoni Peserta Seminar Bijak Merancang Wang
Antara testimoni daripada peserta #SeminarBMW semalam.
Mencari rezeki.
Berpagian aku menderu motosikal membelah lebuhraya Grand Saga susur masuk pula ke MRR2 dan keluar ke UIA Gombak dan ke UNIKL BMI.
Memang seminar ini antara yang aku kempunan hendak pergi sejak tahun 2015 masa aku menetap di Kuching lagi. Hanya tengok iklan di FB, ketap bibir tahan diri.
Baru tahun ini diizinkan Tuhan. Antara banyak-banyak kursus, seminar dan bengkel kewangan hanya yang ini menegaskan dari peringkat awal lagi yang semua rezeki itu daripada Rabb al-Jalil.
Tambahan pula kefahaman kita mengenai rezeki itu terlalu sempit, sedangkan Islam memberikan kefahaman yang luas mengenai konsep rezeki.
Mengenai pengurusan kewangan pula, seminar menitik beratkan tentang matlamat kewangan yang mesti jelas dan spesifik.
Dan disiplin menyimpan yang mendidik diri untuk terus menyimpan sebelum menceburkan diri dalam pelaburan.
Tidak cukup dengan ilmu membiakkan duit, seminar menitik beratkan juga ilmu ‘perlindungan’ duit dan harta. Kepentingan takaful sebagai persediaan menghadapi hari-hari ujian yang tidak tahu bila ia bakal berkunjung serta tahu polisi yang sesuai dengan kos sara hidup bukan sebab murah bayaran bulanannya.
Yang paling tidak lupa ialah slot pelaburan, dimana pertama kalinya aku ‘tersontot’ di pintu syurga. Banyak scam di luar aku selamat tapi kali ini ‘sangkut’ tetapi tidak mengapa kerana ia adalah pengajaran supaya sentiasa waspada kepada skim-skim pelaburan yang ‘too good to be true’.
Selain itu, seminar ini memberi penekanan kepada ilmu wasiat dan faraidh selepas kita mati. Mengikut Amanah Raya pada tahun 2013 saja hampir RM60 billion harta tidak dituntut, mungkin kerana kurang ilmu mengenai ilmi harta pusaka atau kurang faham atau tidak peduli mengenainya.
Kesimpulannya, seminar ini adalah berkisar mengenai pengurusan kewangan secara asas dengan meletakkan kepercayaan kepada Pencipta sebagai Pemberi Rezeki dan pengurusan kewangan yang baik dalam membantu urusan kehidupan.
Yang paling aku setuju kefahaman tentang duit ialah duit bukanlah jahat kerana duit ialah alat, tetapi duit mampu menyerlahkan diri seseorang yang sebenarnya.
Sumber dari FB Afyan Mat Rawi
............................................................Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran