#SeminarBMW Pertama Untuk 2018 Telah Berlangsung
Kali terakhir #SeminarBMW untuk publik ini diadakan kira-kira setahun lalu dan siang tadi berlangsung kali yang pertama utk tahun 2018.
Ia akan diikuti di beberapa lokasi lain; minggu depan di JB mewakili zon Selatan dan diikuti minggu berikutnya di Sungai Petani, Kedah mewakili Zon Utara.
Bulan seterusnya di Melaka dan akan berakhir di Kuantan, mewakili zon Pantai Timur.
Setiap program ada keistimewaan sendiri.
Antara yang istimewa tadi, buat julung-julung kalinya saya menawarkan sesi personal coaching menggunakan modul kewangan INFAQ utk 2 peserta yang bertuah.
Pemilihan peserta bertuah berdasarkan perkongsian mereka di FB daripada konten seminar tadi.
2 peserta yang berkongsi di FB dgn review paling menarik berdasarkan penilaian kami akan dipilih utk sesi tersebut. Untuk makluman, saya sudah lama tidak adakan sesi sebegini kecuali untuk klien-klien lama.
Boleh klik hashtag #SeminarBMW utk baca perkongsian mereka dari seminar tadi.
Satu lagi keistimewaan lain program tadi, ialah penampilan “cameo” Tuan Harith Faisal yang menjadi peserta dari pagi hingga ke tamat program. Beliau turut saya berikan slot mengejut topik ASB Financing
Jika diikutkan level beliau, konten seminar ini tak sesuai untuk beliau yang sudah berada di “maqam” yang lebih advance. Tapi saya cukup teruja, dan terharu apabila beliau PM saya untuk hadir dan benar-benar hadir siang tadi.
Terima kasih banyak-banyak
Kepada para peserta tadi, jangan lepaskan peluang. Jika ramai yang buat review yang menarik mungkin saya akan pilih lebih dari 2 peserta bertuah.
Boleh tag gambar Tuan-Puan dalam posting ini ya
Terima kasih buat semua yang hadir tadi!
Jika dah buat sharing, boleh berikan link di bawah juga.
Sumber dari FB Afyan Mat Rawi
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran