Semua Produk Investment-Linked Diwajibkan Meletakkan Peringatan Ini
Tahukah anda, pada tahun 2019, Bank Negara Malaysia mengeluarkan garis panduan perniagaan produk investment-linked takaful / insurans kepada semua syarikat pengendali takaful dan insurans.
Garis panduan ini boleh didapati di website BNM, setebal 80 halaman.
Antara kandungannya, semua produk investment-linked diwajibkan meletakkan peringatan yang bertulisan merah, bold dan huruf besar ini.
Malah dalam panduan berkenaan juga, ejen-ejen perlu menerangkan perkara tersebut kepada pelanggan.
Klaus tersebut berbunyi:
THIS IS A TAKAFUL PRODUCT THAT IS TIED TO THE PERFORMANCE OF THE UNDERLYING ASSETS AND NOT A PURE INVESTMENT PRODUCT SUCH AS UNIT TRUSTS.
Atau diterjemahkan dalam bahasa Melayu, berbunyi
INI ADALAH PRODUK TAKAFUL YANG DIKAITKAN DENGAN PRESTASI ASET-ASET PENDASAR, DAN BUKANNYA PRODUK PELABURAN TULEN SEPERTI UNIT AMANAH.
Adakah anda melanggan produk sebegini?
Jika ya, adakah ada sedar dan diberitahu tentang peruntukan ini ketika sign up?
Jika ya, Alhamdulillah. Jika tidak, Nauzubillah.
Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi
............................................................Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran