fbpx

Siapa bangsa anti bank Islam?

  • 1 year ago
  • 2Minutes
  • 234Words
  • 509Views

Bukan semua orang yang kritik perbankan Islam itu adalah anti perbankan Islam.

Bangsa anti bank Islam yang saya maksudkan, mempunyai ciri-ciri berikut:

  1. Menentang, mengkritik, malah memaki Islamic Banking dan para alim ulama yang mendokongnya.
  2. Mereka menganggap bahawa Islamic Banking adalah haram kerana ada riba dan menganggap para alim ulama yang mengharuskan perbankan Islam adalah menghalalkan riba.
  3. Mereka menganggap bahawa sama sahaja Islamic Banking dengan konvensional. Bagi mereka bank konvensional lebih baik kerana ada riba sahaja dan tidak menipu seperti bank Islam.
  4. Antara rujukan mereka ialah Sheikh Imran Hossien.
  5. Mereka berhasrat untuk menjatuhkan perbankan Islam.

Saya menentang bangsa anti bank Islam. Saya akan jawab gunakan segala ilmu dan kudrat yang saya ada, untuk melawan fitnah yang mereka bawa.

Jika mengkritik bank Islam dan mengharapkan ia lebih baik daripada bank konvensional dari sudut harga lebih murah, saya pun sokong. Tapi tahu dan rasional kenapa harga perbankan Islam sebegitu rupa.

Nak kritik bank Islam? Silakan, tak ada masalah.

Ia bukan sempurna dan sentiasa ada ruang tambah baik.

Tapi bukan dengan cara fitnah dan menafikan sumbangan dan alim ulama yang berijtihad mengharuskan perbankan Islam.

Ada daripada kalangan rakan dan followers saya sebahagian daripada bangsa anti bank Islam? Maaf, saya terpaksa menentang dan memusuhi usaha kalian.

Dalam masa sama, saya juga ingin menjemput wakil kalian untuk sesi live talk show yang saya anjurkan, Borak MembaWang. Ini tawaran saya buat ke sekian kalinya.

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Gambar 1 daripada financial calculator. Jika kita ada RM200,000 hari…