fbpx

Moratorium Bukan Free

  • 3 years ago
  • 3Minutes
  • 461Words
  • 392Views

Surat untuk CEO “bocor”

Dari awal lagi masa “bocor” surat kepada CEO-CEO bank di Malaysia, saya dah rasa ada sesuatu tak kena.

Rujuk status saya dalam status bertarikh 24hb Mac 2020:

Rujuk sini

24hb Mac 2020 tu hari Selasa dan surat itu hanya untuk CEO-CEO bank yang dikeluarkan oleh BNM.

Isi surat yang dikeluarkan oleh BNM kepada CEO-CEO bank pada 24hb Mac 2020, yang bocor kepada publik.

Ia sebagai persediaan awal sebab ia akan secara rasmi akan diumumkan dalam Pekej Ransangan PRIHATIN oleh PM TSMY.

Ingat lagi tak ucapan PM pasal Makcik Kiah tu?

Itu hari Jumaat, 27hb Mac 2020.

Kita patah balik ke 24 Mac tadi. Akhbar yang mula-mula keluar pasal berita itu ialah The Star. Akhbar-akhbar lain tak pick up pun.

Kawan saya di Bernama update status bahawa mereka pun tak berani pick up lagi masa tu. Sebab tak pasti. Lama selepas itu barulah akhbar-akhbar lain mula pick up.

Keesokannya, 25 Mac barulah ia disahkan sebab Jabatan Netizen Negara dah mula bertanya dan berseronok.

Ketika warganet mula berseronok, saya update status

26 Mac, bank-bank mula keluarkan notis dan FAQ berkaitan moratorium.

27 Mac, Jumaat. Petang itu diumumkan Pekej Ransangan Ekonomi PRIHATIN. Sepatutnya moratoium tu diumumkan bersama dalam pakej ini tapi disebabkan bocor awal, maka kerajaan melalui BNM terpaksa sahkan awal.

Sebab itu kalau Tuan-Puan perasan, dalam pengumman PRIHATIN tu ada sekali diumumkan penangguhan takaful dan petang itu syarikat-syarikat takaful dah upload ke website masing-masing. Sebab mereka pun dapat makluman awal tapi tak bocor macam surat makluman moratorium.

Moratorium bukan free

Kenapa saya highlight benda ni? Ada beberapa perkara.

1. Apa yang berlaku tidaklah mengejutkan. Moratorium bukan free.

2. Bank ialah institusi perniagaan, bukan institusi kebajikan. Dan maaf cakap, pusing kot mana pun, mesti bank akan untung dulu. Untuk pengguna untung, kita mesti bijak memanipulasi dan ada ilmu.

3. Dari awal lagi isu moratorium ini ada beberapa “gray area”. Macam-macam pendapat keluar. Sehingga hari ini pun macam-macam pendapat dan cara kiraan keluar.

4. Tapi yang paling penting kita kena tahu bahawa ia adalah penagguhan, bukan pengecualian. Sama ada profit dan faedah diteruskan, sama ada kompoun atau tidak, ia sedikit sebanyak memberi keringanan dalam aliran tunai sepanjang tempoh moratorium itu. Cuma kena ingat, ada “harga” yang perlu dibayar.

5. Ambil atau tidak moratorium? Itu kalian punya suka. Setiap tindakan pasti akan ada pro dan kontra.

Bab pengiraan, saya tak berani nak tulis sebab takut silap. Banyak sangat versi yang ada. Paling tuntas, Tuan-Puan dapatkan pengesahan daripada bank masing-masing.

Saya sendiri pun beberapa kali emel kepada bank dan pernah saya kongsikan. Banyak faktor yang mempengaruhi kiraan tersebut. Jenis kontrak, tempoh hutang, kadar profit interest, baki hutang, dan sebagainya.

Dan yang paling best, semalam dapat pengesahan bahawa salah satu hutang perumahan saya tidka dikenakan sebarang profit sepanjang moratorium.

Ok, itu sahajalah komen saya untuk isu moratorium ni.

Afyan Mat Rawi

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Dari semalam kecoh pasal moratorium. Saya pernah berikan peringatan berbaur…