fbpx

Infografik : Simulasi Sebenar Perbandingan ASB & TH

  • 2 years ago
  • 2Minutes
  • 289Words
  • 1002Views

Saya tunaikan janji saya tempoh hari utk kongsikan simulasi perbandingan pulangan ASB dan TH yg sebenar dari 2012 hingga 2016.

Sebelum tengok gambar, baca ini dahulu;

Berikut adalah rekod prestasi pulangan ASB dan Tabung Haji dalam masa 5 tahun bermula 2012 hingga 2016.

ASB
2012 7.75%
2013 7.70%
2014 7.50%
2015 7.25%
2016 6.75%
*Dividen sahaja, tidak termasuk bonusTabung Haji
2012 6.50%
2013 6.00%
2014 6.25%
2015 5.00%
2016 4.25%
*Hibah TH sahaja, tidak termasuk bonus atau Hibah Haji.Senarai di atas, hanya utk keuntungan melalui dividen tahunan sahaja (atau di TH dipanggil hibah TH), tanpa bonus.

ASB dan TH mempunyai bonus (di TH dipanggil Hibah Haji) yang diberikan kepada mereka yang layak selain daripada dividen yang diberikan setiap tahun.

Jika dilihat rekod di atas, pulangan ASB setiap tahun mengatasi TH sekitar, paling minima 1.25% dan pernah sampai 2.5% perbezaan iaitu pada tahun lalu, 2016.

Berikut ialah perbezaan peratusan keuntungan bonus ASB melebihi hibah Tabung Haji dari 2012 hingga 2016;

2012 1.25%
2013 1.70%
2014 1.25%
2015 2.25%
2016 2.50%

Tapi, tahukah anda bahawa ada satu perbezaan yang nyata di antara ASB dan Tabung Haji, iaitu zakat simpanan.

Di Tabung Haji sudah difatwakan sejak 1979 bahawa pendeposit Tabung Haji tidak perlu lagi utk membayar zakat simpanan kerana ia sudah ditunaikan oleh Tabung Haji sendiri.

Zakat Tabung Haji

Jadi, perkiraan ini perlu diambil kira dalam membuat perbandingan pulangan kedua-dua instrumen kewangan ini.

Sebelum ini saya ada membuat simulasi perbandingan pulangan dengan dimasukkan faktor zakat dengan andaian keutnungan ASB 7.5% dan Tabung Haji 5%.

Boleh rujuk posting 2 hari lepas.

Dalam simulasi tersebut, dengan modal RM100,000, selepas diambil kira keuntungan dan zakat, hasil yang didapati selepas 5 tahun adalah sama.

Kali ini, saya sertakan pula simulasi sebenar berdasarkan pulangan sebenar ASB dan Tabung Haji dalam masa 5 tahun; 2012 hingga 2016.

Dan hasilnya adalah mengejutkan.

Dah habis baca?

Tag kawan-kawan yang patut tahu hal ini, kemudia share posting ini.

Klik follow Afyan Mat Rawi utk tip kewangan.

Disertakan Infografik perbandingan.

IKLAN: ASB Financing PALING RENDAH DI DUNIA.

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

One Comment

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Kami warga Infaq Consultancy mengucapkan selamat hari Raya Aidilfitri dan…