Skeptikal
Satu dekad yang lepas, Peter Lynch kata:
“There are 60,000 economists in the U.S., many of them employed full-time trying to forecast recessions and interest rates, and if they could do it successfully twice in a row, they’d all be millionaires by now…as far as I know, most of them are still gainfully employed, which ought to tell us something.”
Ada 60k ekonomis di US. Jika mereka dapat meramal kegawatan ekonomi sebanyak dua kali, sudah pasti mereka boleh jadi jutawan.
Peter Lynch BUKAN suruh kita benci ekonomis atau benci mereka yang selalu buat berkongsi hasil kajian.
Contohnya, “Berdasarkan kajian pasaran hartanah di sini, saya ramalkan bila ia siap nanti, harganya naik sekali ganda dan ramai orang mahu menyewa!”
Peter Lynch suruh kita berhati-hati. Tiada seorang yang dapat meramal masa depan ekonomi dengan tepat secara konsisten.
Menjadi Skeptikal
==========
Perkara paling baik untuk kita buat ialah sentiasa skeptikal dengan pandangan orang lain.
Jangan terima bulat-bulat. Kerapkan bertanya soalan.
Kena ingat satu perkara. Jika rugi, duit kita yang terbang, bukan duit mereka.
Menjadi skeptikal adalah ubat mujarab selamat daripada kerugian besar.
Tetapi menjadi terlalu skeptikal tidak baik juga. Ada kemungkinan kita rugi tanpa sedar, cost of opportunity.
Adakah tukang ramal itu…..
==========
Yang buat ramalan itu, adakah dia ‘bias’?
Contohnya adakah dia bekerja sebagai marketing arm untuk syarikat hartanah?
Adakah dia ada deal dengan developer?
Berapa komisyen yang dia terima sekiranya kita ambil takaful dengan dia? Kenapa dia tidak cadangkan produk syarikat lain?
Bila seseorang itu menerima imbuhan daripada third party atas nasihat yang dia berikan, ada kemungkinan besar dia ‘bias’.
Jadi bila keadaan begini berlaku, dapatkan pandangan yang bertentangan.
Dan sewaktu dapatkan pandangan bertentangan itu, tanyakan balik soalan-soalan skeptikal tadi untuk orang itu pula.
Akhir sekali balik rumah dan nilai. Jangan suka buat keputusan sewaktu pertemuan kali pertama.
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran