fbpx

Kewangan Anak Muda

Berikut adalah tulisan dari FB Tuan Rashid Mohaimin mengenai kewangan anak muda.

Kewangan Anak Muda
==================

Seringkali kita mendengar perbualan anak muda seperti berikut:

“Aku baru beli motor baru. Nk modify ekzos la bagi mantap sikit. Harga tak la mahal sangat. Setakat RM2500 ape la sangat…”
“Motor ni kalau aku solek tukar coverset R4 mesti cun ni. Orang mesti pandang punye. Terbaek la…”
“Ape barang motor standard, tukar gearbox racing la… Sport rim bagi tiga batang punya… Tayar besar baru ranggi…”
“Buat ape simpan duit sekarang… enjoy la dulu… motor kasi solek cun baru awek pandang…”

Jarang kita dengar dialog seperti berikut:

“Bulan ni aku target simpan 10% daripada gaji. 10% lagi masuk ASB. Tahun depan boleh buat deposit beli rumah”
“Bulan ni bonus ASB masuk boleh la bagi mak abah lebih sikit”
“Aku bawak bekal supaya boleh optimumkan simpanan bulanan”
“Tahun ni aku target nak settlekan hutang supaya tahun depan aku boleh simpan lebih untuk beli rumah…”
“Aku nak ada perlindungan takaful sendiri supaya tak menyusahkan mak abah dan keluarga kalau aku sakit nanti…”

Anak muda mencerminkan masa depan. Mungkin ada yang mengatakan bahawa semua orang akan merasa fasa “remaja” dan zaman “memberontak”. Ya, ada betulnya. Tetapi adakah kita mahukan anak-anak kita melalui zaman “kegelapan” seperti yang kita lalui dahulu?

Sekian.

Rashid,
INFAQ Consultancy.
Plan Your Wealth, Change Your Life.

Dari FB Afyan Mat Rawi

WP Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com