Soalan daripada fake akaun, bagaiamana halalkan wang haram?
Saya sengaja layan akaun fake ini semalam, tapi apabila ditanya contoh situasi langsung tak diberikan.
Soalan asalnya tentang: Bagaimana HALALKAN wang dan dari hasil yang haram? Lalu saya minta berikan contoh situasi, dia tak berikan situasi.
Situasi berbeza akan ada hukum berbeza. Lalu saya tamatkan sahaja di sana kerana biasanya fake akaun begini memang takkan puas hati selagi jawapan yang diberikan tidak mengikut kehendak mereka.
Baiklah, saya berikan contoh situasi, judi.
- Judi, secara prinsipnya haram, dan memang duit hasil judi adalah haram. Ini tidak ada pertikaian. Duit haram judi tidak ada cara jadi halal untuk penjudi.
- Adakah duit judi boleh dibuat jual beli?
- Apa hukum apabila peniaga menerima duit judi?
- Bagaimana pula jika peniaga tadi tidak tahu bahawa duit itu duit judi?
- Adakah hukum jadi berbeza apabila peniaga tahu duit itu hasil judi?
- Bagaimana jika duit judi itu diberikan oleh seorang ayah kepada anak isteri sebagai nafkah?
- Bagaimana pula sekiranya duit judi itu disedekahkan atau dizakatkan?
- Bagaimana sekiranya hasil judi tadi hanya balik modal sahaja? Adakah hukum berbeza?
- Andaikan seorang kaya raya dengan duit judi dan kemudian dia insaf, adakah dia perlu buang semua hartanya?
Perkataan judi di atas boleh digantikan dengan jenayah lain seperti mencuri, rasuah, merompak, sakau, riba dan sebagainya. Ia hanya contoh sahaja.
Sudah tentu setiap situasi ada perbincangan tertentu daripada sudut hukum.. Itulah sebab saya minta contoh untuk memudahkan berikan jawapan.
Contohnya bagi situasi anak isteri menerima duit hasil judi daripada ayah / suami mereka, harus hukumnya. Dosa si suami /ayah berjudi tidak ditanggung oleh anak isterinya. Halal bagi mereka gunakan duit tersebut namun tidak menjadikan perbuatan judi oleh si ayah / suami tu halal.
Situasi sama dalam konteks lebih besar, contohnya apabila sebuah bank konvensional menubuhkan perbankan Islam, apakah hukumnya? Perbankan konvensional, sudah tentu hasilnya riba. Jadi apakah hukum perbankan Islam menggunakan modal daripada hasil riba parent company?
Perkara bab hukum sebegini sudah dibincangkan lama oleh para alim ulama. Tinggal lagi kita nak ikut ulama atau nak ikut ulama Facebook.
Memandang si penanya fake akaun ini tidak memberi contoh yang spesifik, maka sukar untuk berikan jawapan spesifik dan blok sahajalah. Tidak berguna untuk melayan fake akaun.
“Aku boleh blok dan ban semua fake akaun, tapi sengaja aku tinggalkan seorang dua untuk korang lihat perangai mereka”
Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi
............................................................Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran