fbpx

Pelaburan menggunakan Artificial Intelligence (AI)

  • 11 months ago
  • 3Minutes
  • 467Words
  • 351Views

PELABURAN MENGGUNAKAN ARTIFICIAL INTELLIGENCE (AI)

Bulan Februari lepas, portfolio pelaburan ini melebihi 20% pulangan dalam masa setahun, tapi apabila disemak tadi ia dah merosot.

Yang terkini adalah 10% lebih sahaja dalam masa setahun 3 bulan.

Saya bukan jenis yang hanya suka share keuntungan sahaja, masa rugi pun saya share. Sebelum ini pun masa unit trust rugi pun saya pernah beberapa kali.

Tapi yang ini bukan unit trust ya.

Ini adalah performance sebuah produk pelaburan PRIVATE MANDATE menggunakan Artificial Intelligence (AI).

Ya, AI yang sedang heboh diperkatakan sekarang.

Pelaburan ini diuruskan oleh seorang FUND MANAGER yang dibantu analisa teknikal dan fundamental yang dibuat oleh ARTIFICIAL INTELLIGENCE.

AI tersebut akan menganalisa semua saham-saham patuh syariah seluruh dunia, kemudian membuat filtering, meramal kaunter yang bakal naik atau turun, dan akhir sekali memberi laporan untuk mencadangkan kaunter-kaunter yang perlu dibeli dan dijual, kepada FUND MANAGER.

FUND MANAGER yang akan membuat keputusan berdasarkan analisa dan laporan yang diberikan oleh AI tadi. Ia menjimatkan masa Fund Manager untuk membuat analisa satu persatu kaunter yang ada di seluruh dunia.

Jadi, dengan menggunakan AI, ia memudahkan kerja FUND MANAGER dan menjimatkan banyak masa. Lihat dalam laporan pelaburan ini, ada kaunter saham daripada German, Perancis, Australia, Hong Kong, Singapura dan Amerika.

Tapi tak ada pula Malaysia kan? Mungkin AI tak yakin dengan AI di Malaysia 😅

Walaupun guna AI, ada potensi untung dan risiko rugi. Dalam kes ini, ia masih untung namun separuh sahaja daripada lebih 20% sebelum ini kepada hanya 10% sahaja sekarang.

Puncanya adalah apabila berlaku krisis bank run Silicone Valley Bank (SVB) di Amerika pada bulan Februari. AI tak dapat menjangkakan ia berlaku.

Sebenarnya saya tahu produk pelaburan ini sejak tahun lepas, tapi saya hanya perhatikan dari jauh sahaja. Memang saya agak skeptical. Sementelah, tahu tak lepas majoriti pelaburan unit trust dan private mandate saya dan rakan-rakan klien kerugian.

Tahun ini baru saya serius untuk melabur dan kongsikan kepada orang ramai. Suka saya tegaskan, ini adalah pelaburan yang tiada jaminan keuntungan dan saya dapat komisen apabila anda melabur melalui saya.

Ramai ke nak tahu lebih lanjut? Saya akan buat program ini dengan FUND MANAGER yang uruskan pelaburan ini.

Ini antara kelebihan PRIVATE MANDATE, pelabur boleh berkomunikasi direct dengan Fund Manager. Satu kelebihan yang tidak ada lada pelaburan unit trust. Malah pelabur boleh tahu setiap duit mereka dilaburkan ke kaunter mana. Ini satu lagi kelebihan private mandate yang tidak ada dalam unit trust.

Ramai ke yang berminat nak tahu lebih lanjut dan nak melabur?

Ada tak rakan-rakan ejen unit trust nak belajar dan pasarkan produk ini sebagai Marketing Representative? Tak perlu resign ejen unit trust pun boleh jadi Marketing Representative untuk pasarkan produk ini.

IKLAN sikit

Saya anjurkan Seminar Pelaburan pada 10 Jun nanti
3 topik yang dicover

  • 1. Financial Independence, Retire Early
  • 2. Perbezaan unit trust vs saham vs private mandate.
  • 3. Peluang pelaburan menggunakan Artificial Intelligence.

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Saya terkejut apabila salah seorang ejen di bawah saya berjaya…