SRR Ratio akan turun dari 3.0% ke 2.0%
SRR Ratio akan turun dari 3.0% ke 2.0% berkuatkuasa 20 Mac 2020.
Kali terakhir diturunkan ialah pada 16 November 219 dari 3.5% kepada 3.0%.
Apa maksud SSR?
SSR ialah Statutory Reserve Requirement atau Nisbah Keperluan Rizab adalah sistem atau instrumen yang digunakan oleh BNM untuk mengawal kecairan dalam sistem kewangan (mentory) di Malaysia.
SRR ratio adalah peratusan wang dalam simpanan bank di BNM (eligible liability) bagi tujuan risiko pengeluaran deposit yang besar secara tiba-tiba.
Contohnya begini: Jika SRR ratio 2%, jika depositor simpan RM1,000,000 di bank, hanya RM980,000 sahaja yang boleh digunakan oleh bank untuk pembiayaan dan pelaburan. Lagi RM20,000 akan disimpan di BNM.
Jadi, apabila SRR ratio diturunkan, maka bank boleh guna lebih banyak wang dideposit pelanggan.
Apabila lebih banyak lebihan deposit yang boleh boleh gunakan, selalunya kelayakan untuk melanggan fasiliti bank akan lebih longgar.
Hujung tahun lepas dah turun, tak sampai setengah tahun turun lagi.
SSR ini hanyalah instrumen pengurusan tunai bank-bank, bukan penanda aras polisi kewangan seperti OPR (Overnight Policy Rate).
Apa maknanya?
MUNGKIN, walaupun OPR dah turun sebelum ini tapi ekonomi masih perlahan disebabkan bank berhati-hati dalam meluluskan permohonan pembiayaan.
Jadi, dengan menurunkan SSR ini, bank akan longgarkan sedikit syarat kelayakan.
Tujuannya adalah untuk menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia menggunakan fasiliti bank dan berbelanja.
Dari satu sudut, semacam ada sesuatu yang tidak kena.
Wallahua’lam.
Sumber dari FB Afyan Mat Rawi
............................................................Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran