fbpx

Pendidikan percuma di Brainy Bunch ada unsur gharar, kata Tn Alwi Adam. Tengok apa respon Coach Fadzil

  • 11 months ago
  • 2Minutes
  • 194Words
  • 994Views

Rupa-rupanya dah lama Coach Fadzil Hashim ajak Tn Alwi Adam datang jumpa dan explain 😂

Tn Alwi Adam kata penerangan Coach Fadzil pasal pendidikan percuma di Brainy Bunch tu ada unsur gharar.

Tapi Coach Fadzil kata Tn Alwi tak faham terma-terma kewangan yang diceritakan.

3 tahun lepas lagi!

Masa ni video penerangan tentang pendidikan percuma di Brainy Bunch. Parent bayar yuran lump sum RM100,000 pada awal kemasukan anak mereka untuk pengajian sepanjang belajar di sana.

Kemudian anak boleh belajar sedari pra-sekolah hingga tamat menengah dan dapat balik duit RM100,000 tersebut.

Jika tak ada tunai duit tersebut, Brainy Bunch boleh bantu uruskan pembiayaan peribadi daripada Bank Islam.

Kiraan awal saya, jika anak dari umur 5 tahun hingga menengah, tempohnya 13 tahun.

Jadi, yuran RM100,000 ÷ 13 tahun ÷ 12 bulan = RM641 sebulan, wicis munasabah utk yuran sekolah swasta yang memang tinggi.

Tapi selepas posting ini baru dimaklumkan ia bermula daripada umur 2 tahun hingga diploma!

Maka kiraannya ialah RM100,000 ÷ 19 tahun ÷ 12 bulan = RM438, lagi jimat!

Ramai ke parent yang dah hantar anak ke sana melalui kaedah ini? Tahniah saya ucapkan.

Memang menjimatkan 😌

Tonton video di sini sekiranya tiada paparan video di bawah.

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended