Statistik pengangguran turun, tapi kenapa hidup masih terasa susah?

  • 2Minutes
  • 253Words
  • 53Views

Kelmarin keluar berita bahawa kadar pengangguran di Malaysia kini berada pada tahap terendah dalam masa 10 tahun.

Statistik ini dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), sebuah badan rasmi kerajaan yang bertanggungjawab mengumpul dan melaporkan data data penting negara.

Ramai yang menyambut berita ini dengan nada optimis. Katanya, ini petanda ekonomi kita makin baik.

Tapi seperti biasa, ruangan komen di media sosial tidak pernah sunyi daripada keraguan.

Ada yang balas, “Statistik boleh dimanipulasi”, “Realiti tidak seindah angka”, dan sebagainya.

Secara peribadi, kami percaya laporan DOSM ada asas yang kukuh. Mereka ada metodologi tersendiri dan diiktiraf antarabangsa.

Cuma, kami sendiri agak keliru juga. Kalau kadar pengangguran makin rendah, bukankah sepatutnya ekonomi pun makin rancak?

Sedangkan realitinya ramai yang mengeluh, perniagaan perlahan, kos hidup naik, gaji tidak cukup, syarikat besar buang pekerja, banyak kompeni tutup dan sebagainya.

Hari ini, terbaca satu lagi laporan yang yang menjawab teka-teki ini.

“Lebih tiga juta rakyat Malaysia kini bekerja sendiri, rekod tertinggi.”

Rupa-rupanya, penurunan kadar pengangguran ini banyak disumbangkan oleh peningkatan jumlah rakyat yang bekerja sendiri, termasuk rider, pemandu e hailing, freelancer, peniaga kecil dalam talian dan sebagainya.

Mereka ini dikira bekerja dalam statistik rasmi, walaupun ramai antara mereka tidak ada pendapatan tetap, tidak mencarum KWSP, tiada perlindungan sosial, dan hidup dalam ketidakpastian ekonomi.

Jadi ya, statistik pengangguran memang menurun.

Tapi ini bukan semestinya kerana lebih banyak peluang pekerjaan formal tercipta.

Sebaliknya, ramai yang terpaksa bekerja sendiri untuk teruskan hidup.

Statistik tidak salah.

Cuma realiti ekonomi di bawah angka itu lebih rumit daripada yang disangka.

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Wefie terakhir... Enam tahun lamanya, Dr. Pratik Joshi hidup sendiri…