November 16, 2017
Harta Pusaka & Faraidh: Ia Tidak Semudah Yang Disangka
Pentadbiran Harta Pusaka dan Faraidh. Ramai yang menyangka harta yang kita kumpul sewaktu hidup akan difaraidhkan dengan mudah selepas meninggal dunia oleh ahli waris. Sebenarnya ia tidak begitu. Betul faraidh adalah hak, tapi ia perlu dituntut. Ia bukan proses automatik. Pentadbiran harta pusaka dan pembahagian faraid akan menjadi begitu rumit jika tidak dirancang dengan betul.