Takaful: Perlindungan, bukan simpanan atau pelaburan
“Kalau tak berlaku apa-apa selepas 20 tahun, dapat apa?”
Soalan ini sering ditanya bila kami mempromosikan produk hibah takaful super murah dengan sumbangan bulanan hanya 46++ yang menawarkan manfaat sehingga 200k.
Ramai yang “concern” tentang berapa “saving” yang akan mereka dapat selepas “menyimpan” dalam polisi takaful selama 20 tahun.
Sebenarnya perkara pertama yang kena diperbetulkan ialah mindset apabila melanggan takaful adalah untuk perlindungan kewangan, bukan untuk simpanan atau pelaburan.
Jiak mahukan pulangan keuntungan, pilihlah produk yang memang khusus untuk simpanan atau pelaburan seperti ASB, Tabung Haji, unit trust, emas dan sebagainya, tapi bukan takaful.
Namun saya tidak salahkan prospek atas salah faham ini.
Saya suka kongsikan satu konsep dalam kewangan iaitu
“Buy term, invest the difference”.
Ia merujuk nasihat untuk kita melanggan polisi term yang murah dan gunakan lebihan wang itu untuk melabur.
Pendekatan ini banyak dianjurkan oleh pakar-pakar kewangan. Bacalah mana-mana buku kewangan dan pelabura, takkan ada mana-mana buku mencadangkan takaful untuk simpanan dan pelaburan.
Jadi, apabil kira melanggan polisi takaful jenis term ini dengan harga murah, kita mempunyai duit lebihan untuk tujuan simpanan dan pelaburan.
Contoh hidup adalah pengalaman daripada Tuan Azizi Ali ini, yang sudah tamat polisi term beliau dengan caruman total lebih 30k sepanjang tempoh 20 tahun!

Boleh rujuk gambar di atas untuk bacaan penuh pengalaman beliau.
Ingat, takaful dan insurans fokus kepada perlindungan. Untuk pelaburan, lebih baik menggunakan produk yang fokus kepada pelaburan. Mahal atau murah bukan penentu sesuai atau tidak sesuatu polisi untuk seseorang. Semua ini perlu disesuaikan dengan kedudukan kewangan individu.
Ada anda belajar? Sila komen…
Sumber dari FB Afyan Mat Rawi
............................................................
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran