fbpx

Takaful Tipu? MISELLING Yang Jejaskan Patuh Syariah

  • 8 years ago
  • 2Minutes
  • 349Words
  • 485Views

Takaful Tipu?

MISSELLING DALAM BISNES TAKAFUL YANG MENJEJASKAN STATUS PATUH SYARIAH DALAM TAKAFUL

 

Takaful Tipu - Misselling Takaful Insurans
Jangan bagi agen takaful tipu anda dengan misselling sebegini

Perbandingan ini langsung tidak adil, berniat jahat, misselling dan menyeleweng.

Jika ada klien yang terpengaruh akibat daripada penyelewengan ini, kontrak takaful yang pada asalnya adalah patuh syariah menjadi sebaliknya. Agen takaful tipu anda.

Saya kasihankan kepada masyarakat / pelanggan yang melanggan takaful dengan harapan semua carumannya akan diperolehi kembali pada bila-bila masa mereka membatalkan polisi mereka.

Mereka akan rasa takaful tipu.

Jadual di atas menggambarkan takaful ada segala-gala yg ada pada ASB, Tabung Haji dll yg dibandingkan.

Ia adalah perbandingan yg;

+ tidak adil: byk lagi perbandingan yg TIADA pada takaful tapi ADA pada TH, ASB dll – yg kekurangan pada takaful tidak dikongsikan.

+berniat jahat: memburukkan produk kewangan lain dgn mengatakan takaful lebih baik berbanding TH, ASB dll

+ misselling: menjual secara perbandingan tidak betul, dan

+ penyelewengan: semua yg disebutkan tadi.

+ menjadikan takaful tipu.

Jika hendak membuat perbandingan, perlu bandingkan kesemua ciri, barulah perbandingan adil.

Bandingkan sekali caj takaful yg boleh cecah 90% tahun pertama yg tiada pada produk kewangan lain – ADA pada takaful tapi TIADA pada yg lain.

Perlu juga jelaskan berapa komisen ejen yg ditolak dari caruman yg kononnya dikatakan simpanan – ini ADA pada takaful tapi TIADA pada Tabung Haji, ASB dll.

Perlu juga letakkan sekali overiding komisen yg ADA pada takaful dan TIADA pada ASB, TH dll.

Perlu nyatakan juga, jika emerency, proses pengeluaran tunai takaful memakan masa yg panjang dibandingkan dengan TH dan ASB – yg mana TH dan ASB boleh dikeluarkan dgn cepat.

Untuk menyertai takaful, peru disertai dengan kesihatan yang baik. Ciri ini TIADA pada ASB, Tabung Haji dan Bank.

Jadual perbandingan perlu tambah lagi beberapa baris utk menunjukkan KEKURANGAN yg ADA pada takaful tapi TIADA pada ASB, TH dll.

Jika buat begitu barulah adil, telus, need base selling dan beretika!

Saya alu-alukan rakan-rakan yang mempunyai pengalaman saya untuk berkongsi di ruang komen atau PM saya maklumat-maklumat yang berkaitan supaya dapat kita menghentikan penyelewengan-penyelewengan seperti ini.

Atau boleh PM Facebook Afyan Mat Rawi terus.

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

2 Comments

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
  Perancangan kewangan adalah tentang mencapai matlamat kewangan dan mencapai…