fbpx

Takaful Yang Cover Musibah Banjir

  • 3 years ago
  • 3Minutes
  • 474Words
  • 730Views

Tadi saya ada update status ringkas tentang takaful yang cover musibah banjir.

Rupa-rupanya masih ramai yang tidak tahu perkara ini. Jadi saya kongsikan perkara ini dengan lebih detail supaya lebih ramai yang tahu dan mendapat manfaat.

Jika ada manfaat, sudikan share.

TAKAFUL KENDERAAN

1. Bagi takaful kenderaan seperti kereta, bas, motosikal dan sebagainya – plan takaful yang biasa diambil oleh kebanyakan orang ramai hanyalah untuk perlindungan sekiranya berlaku kemalangan.

2. Ia hanya cover untuk enjin dan badan sahaja apabila berlaku kemalangan mengikut harga yang dilindungi atau harga pasaran, yang mana lebih rendah.

3. Coverage lain seperti cermin, kaset, pemandu tambahan, bencana alam dan sebagainya adalah dalam kategori perlindungan tambahan dan tidak wajib untuk dilanggan

4. Bagi takaful kenderaan, ada pilihan untuk menambah coverage “special perils” yang memberi coverage ke atas kenderaan sekiranya berlaku bencana alam termasuk banjir, tanah runtuh, gempa bumi dan lain-lain.

5. Jika coverage ini diambil, sebarang keroskan akibat daripada bencana alam termasuk banjir, akan ditanggung oleh syarikat insurans / takaful.

TAKAFUL RUMAH

6. Bagi rumah pula, selalunya coverage takaful yang biasa dilanggan ialah MRTT / MRTA yang memberi manfaat ke atas pembeli rumah melalui pembiayaan bank sekiranya berlaku kematian penghutang sebelum tamat tempoh pembiayaan.

7. Satu lagi produk takaful yang biasa untuk rumah ialah takaful kebakaran yang memberi manfaat bagi musibah kebakaran.

8. Kedua-dua produk MRTT dan takaful kebakaran tidak memberi manfaat untuk musibah banjir. Produk takaful yang memberi manfaat bagi musibah banjir ialah; “Houseowner / Householder” atau Takaful Empunya Rumah / Takaful Isi Rumah.

9. Houseowner takaful memberi manfaat ke atas fizikal rumah termasuk dinding, atap, pagar, dinding, garaj dan sebagainya manakala hoseholder takaful pula memberi manfaat ke atas barangan di dalam rumah termasuk penghuni rumah.

10. Manfaat kedua-dua takaful ini bukan sekadar untuk banjir tapi juga termasuk insiden-insiden musibah lain seperti kebakaran, kilat, letupan, ribut, gempa bumi, hilang sewaan dan lain-lain. Kedua-dua manfaat ini boleh diambil berasingan atau bersama-sama.

PEMERHATIAN DAN KESIMPULAN

11. Coverage tambahan sudah tentu memerlukan bayaran tambahan. Untuk kenderaan, harganya sekitar 0.5% daripada nilai kenderaan. Jika kenderaan yang bernilai RM50,000, bayaran tambahan yang diperlukan ialah RM250.

12. Manakala bagi “Houseowner / Householder Takaful” pula kadarnya sekitar 0.106% daripada nilai rumah. Jika rumah berharga RM100,000 maka carumannya ialah RM106 setahun.

12. Biasanya orang kita tak ambil pun manfaat-manfaat tambahan ini. Ambil takaful kereta pun pilih yang paling murah, itu pun sebab terpaksa untuk renew roadtax.

13. Kalau ambil medical card untuk diri sendiri pun bersungut mahal dan nak cancel polisi lepas 3-4 tahun bayar dengan alasan “rugi la bayar takaful sebab tak berlaku apa-apa”. Apalah hendak diharap untuk langgan polisi tambahan untuk cover banjir dengan bayaran tambahan, tentu akan ada alasan “Tempat aku tak pernah banjir pun, buat apa membazir langgan takaful yang cover banjir:.

Afyan Mat Rawi
Ejen takaful cabuk

SHARE jika bermanfaat.

UPDATE; Maaf, tulisan ini bukan untuk “menyindir” rakan-rakan yang sedang ditimpa musibah di Penang. Tapi ia sebagai peringatan untuk rakan-rakan rakyat Malaysia seluruhnya. Tulisan sebegitu pernah juga saya tulis ketika musibah banjir besar Kelantan 2014 dahulu.

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
APAKAH HIBAH TAKAFUL? POINT TERAKHIR SANGAT KRITIKAL. 1. Akhir-akhir ini…