fbpx

Taktik scammer dan kontroversi perbankan Islam: Tawaran diskusi terbuka

  • 2 years ago
  • 3Minutes
  • 477Words
  • 465Views

“Kalau nak jawapan, datang ke tempat kami”

“Kalau nak tahu lanjut, jumpa CEO”

“Jumpa peguam kami”.

Tektik ni dah ramai scammer lakukan setiap kali saya bongkar kegiatan mereka.

Daripada zaman Alfafa, ARBA, Mecca Fund, Highway Group, dan sebagainya….

Ada yang buat program lain kononnya jemput saya, walhal jemput last minute, pun dah banyak juga scammer buat.

Lepas tu, mereka jaja dan saya tak terima jemputan dan tuduh saya tak berani berhadapan..

Siapa yang dah follow lama saga tentu tahu perkara ini. Kompilasi saya melawan scammer-scammer tersebut sudah saya bukukan dalam naskah “Tersontot Di Pintu Shorga”.

Saya yakin, Sdra Fadzil Hashim dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) bukan scammer dan takkan buat tektik terkeji sebegini.

Pagi tadi buat posting jemput saya datang open house HARI INI, dan katanya boleh tanya apa sahaja. Apa dia ingat saya ni tak ada kerja lain? Hahaha…

Kalau nak dialog atau diskusi kita buat secara proper dengan kedua-dua pihak bersedia. Kita boleh bincang tarikh, masa, format yang sesuai.

Sudah ada pun pihak penganjur yang sudi sediakan tempat.

Saya sudah banyak kali mengulangi kesediaan saya satu sesi diskusi secara live topik PERBANKAN ISLAM RIBA, HARAM DAN TIDAK PATUH bersama wakil PPIM.

Saya sudah banyak kali tulis artikel, juga yang terkini video jawapan balas.

Ia adalah rentetan tuduhan dan fitnah PPIM terhadap perbankan Islam selama bertahun-tahun.

Untuk makluman, dalam video dan posting saya terdahulu saya hanya mention PPIM dan tak sebut langsung nama Sdra Fadzil, tapi dia triggered sebab saya sebut Noriba dan KOPPIM, katanya dia yang usahakan.

Saya tak kisah pun dia atau sesiapa usahakan. Isu utama ialah tuduhan PPIM mengatakan perbankan Islam haram, riba, tak patuh syariah, menipu Allah dan segala macam tuduhan selama ini.

Kalau Sdra Fadzil tidak respon tempoh hari, saya yakin ia tak meleret sebegini. Jadi, memandangkan Sdra Fadzil yang rajin sangat buat banyak video + posting + live pasal saya, kenapa menolak apabila saya jemput untuk live sesi topik penting ini?

Menjawab isu Noriba, KOPPIM, Raudhah City dan segala macam projek lain tidak akan menjawab isu dakwaan PPIM mengatakan bahawa perbankan Islam riba dan haram.

Saya tak ambil pusing pun tentang projek-projek tu selama ini, dan terima banyak mesej selepas isu ini meletop seminggu dua ini.

Setakat ini saya simpan sahaja dan kongsikan berdasarkan kesesuaian masa dan ketika.

Kita fokus kepada isu utama PERBANKAN ISLAM RIBA, HARAM DAN TIDAK PATUH SYARIAH.

Gambar hiasan:

1. Perancangan persaraan Screenshot masa saya gaduh dengan scammer Norsham Alfafa. Dia kata kalau nak tengok agreement, kena jumpa lawyer dia. Masihkah kau ingat?

2. Saya pernah offer jumpa mana-mana geng ARBA utk kongsikan marketing plan mereka. Tak ada sorang menyambut.

3. Geng ARBA offer untuk debat secara live, saya terima. Sampai sekarang tak ada khabar 😂

Pengalaman saya melawan scammer seperti Alfafa, ARBA, Mecca Fund sehingga pernah disaman, pernah kena ugut, pernah bonzer datang ke ofis ada ditulis dalam Buku Tersontot Di Pintu Shorga.

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
APAKAH SISTEM EKONOMI ISLAM? Pakai dinar dirham barulah dikira sistem…