Tarik kereta: Bukan bank yang cari, tapi mereka…
Jimat duit mintak kalau ada orang tolong tarik kereta kita
Saya pernah ada pengalaman melihat depan mata sendiri kereta kena tarik.
Masa tu saya naik kereta dengan 2 eorang kawan, saya duduk di belakang.
Sedang bawa kereta, pemandu perasan ada kereta ekori beberapa ketika dan kemudian dalam satu masa kereta tersebut blok kami.
Kemudian salah seorang keluar dan jumpa dengan rakan yang memandu dan bertanya,
“Encik, dah berapa lama tak bayar”
Dia tanya dengan baik, dan sementara itu saya perasan ada seorang lagi keluar daripada kereta tersebut, berbadan sado, melihat dari kereta mereka. Saya perasan ada seorang lagi di dalamnya.
Yang bertanya tu, badannya biasa-biasa sahaja tapi ramah. Sembang macam sembang dengan kawan lama. Mungkin itulah “the negotiator” dan sorang lagi “the bodyguard”.
“Encik, saya kena tarik kereta Encik”
“Minta tolong bagi masa sikit, nanti saya bayar. Bisnes tengah slow sekarang”.
Kemudian the negotiator itu minta kunci untuk bawa kereta tersebut. Kawan saya berpindah ke kerusi sebelah dan saya duduk di belakang melihat mereka berbincang.
Daripada perbualan mereka (kawan saya dan the negotiator) tahulah saya bahawa kereta tersebut dah banyak bulan tak bayar.
“Begini Encik, kalau kami tarik kereta Encik ke bank, kami dapat payment. Jadi, kalau Encik taknak kami tarik, bayar kami sekian-sekian”
Selepas sesi negosiasi, maka kawan saya membayar sekian jumlah dan akan buat bayaran kepada bank dalam masa tertentu supaya tidak kena target oleh penarik kereta.
Daripada situ, baru saya tahu modus operandi tarik kereta.
Dahulu saya ingat, bank akan cari berdasarkan alamat penghutang tapi rupanya tidak.
Geng penarik kereta akan menerima sejumlah database daripada bank-bank yang mengandung nombor-nombor plat kereta yang mempunyai tunggakan dan perlu ditarik.
Kemudian, mereka akan bergerak ke jalan raya dan buat semakan secara rawak plat kereta yang mereka lihat di jalan raya.
Mereka bergerak berkumpulan 3 orang, seorang pemandu merangkap negotiator, seorang bounzer dan seorang dengam laptop untuk membuat spot check.
Cerita ini kira-kira hampir 20 tahun lepas, mungkin sekarang semakan dibuat menggunakan handphone.
Jadi sepanjang hari, itulah kerja mereka.
Sumber dari FB Afyan Mat Rawi
............................................................Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran