fbpx

Team Takaful INFAQ Consultancy

  • 8 years ago
  • 3Minutes
  • 499Words
  • 683Views

Saya jarang kongsikan gambar ahli team saya.

Dalam industri yang paling banyak rejection, dengan majoriti ejen yang product pusher, dengan majoriti leader-leader industri yang mempromosi bisnes takaful dengan tonjolkan material – memang sukar untuk mengumpul dan melatih tenaga-tenaga baru menyertai INFAQ Consultancy sebagai ejen takaful dengan konsep advisory.

Tanpa mempromosi komisen berkepuk-kepuk, kereta mewah, rumah besar, melancong luar negara – modal yang saya gunakan hanyalah modul khidmat nasihat perkhidmatan kewangan berpandukan keperluan, kemudian barulah cadangan produk yang sesuai.

Modul ini saya namakan ia sebagai “Intelligent and Financial Quotient” atau ringkasannya INFAQ. Dari sini datangnya nama INFAQ Consultancy.

Sedar tak sedar sudah 14 tahun menyertai bidang perkhidmatan kewangan Islam, seusia syarikat pertama yang saya sertai dalam industri ini – Takaful IKHLAS.

Menyertai bidang ini tanpa sebarang matlamat pada awalnya, membawa saya menyambung pembelajaran professional Islamic Financial Planner (IFP) pada tahun 2011 selepas menyedari keperluan mengubah tanggapan ramai tentang ejen takaful yang hanya mementingkan sales, kepada ejen takaful yang bertindak sebagaimana perunding kewangan sebenar yang memberi solusi kewangan kepada pelanggan.

Tanpa menolak ke belakang, saya menongkah arus menolak mazhab mementingkan sales kepada mazhab mengutamakan keperluan pelanggan, sehingga saya “dibuang” dari ejensi.

Pernah seorang leader menyindir saya dalam suatu mesyuarat “Saya tak perlu ada IFP untuk buat sales”, masih terngiang-ngiang dalam pemikiran saya sehingga hari ini. Malah ada leader lain mengatakan “Saya dah pernah cuba cara ini dahulu, tapi fail. Jadi lebih ikut cara yang majoriti ejensi lakukan”.

Ia menjadi satu suntikan semangat dan saya jadikan ia sebagai cabaran. Saya terima cabaran tersebut.

Ya, apabila menguatamakan khidmat nasihat berbanding closing, memang closing jadi lambat. Dan alhamdulillah, saya istiqamah dengan cara tersebut, memungkinkan saya mendapat apa yang ejen-ejen takaful lain dapat dalam industri ini seperti komisen yang lumayan, mampu beli beberapa buah hartanah, mampu membeli beberapa buah kereta, melancong ke luar negara dan sebagainya.

Sebenarnya, dengan cara ini saya bukan sahaja lambat close pelanggan, malah juga susah rekrut ejen.

Pernah ada prospek ejen baru datang ke sesi BOP saya, terkejut sebab tidak grand langsung. Ada juga yang tidak jadi sertai INFAQ suatu ketika dahulu sebab katanya INFAQ tidak meriah. Ketika itu team ini hanya 5-6 org sahaja.

Dan yang menyertai saya ialah mereka yang percaya kepada modal saya tadi – konsep khidmat nasihat atau “advisory approach”, tanpa bergantung kepada brand, syarikat, sentimen dan produk.

Bukan mudah untuk mengajak orang lain menyertai bisnes ini tanpa tunjukkan “bukti”. Memang sengaja saya lakukan sebegitu supaya mereka yang menyertai INFAQ bukan sebab wang, material, kereta, rumah, melancong dan lain-lain; tapi sebab visi dan misi yang dibawa.

Hari ini, saya perkenalkan inilah sebahagian ahli team saya di bawah #TeamTakafulINFAQ.

Kami baru sahaja selesai sesi Business Planning dan Kick Off Tahun Baru 2017/2018.

Mereka ini tulang belakang saya, yang menjadi rakan bisnes takaful saya.

Jika ada yang berminat menyertai bisnes takaful bersama team ini, boleh PM m.me/afyan.ifp

Nota: InsyaAllah akan datang saya akan perkenalkan pula #TeamInvestmentINFAQ. Kedua-dua group ini saya uruskan berasingan.

Afyan Mat Rawi, IFP
Group Agency Manager
INFAQ Consultancy
Takaful IKHLAS

“Plan Your Wealth, Change Your Life”.

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Saya sangat suka dengan jadual manfaat proposal takaful ini. Selain…