Tempoh Bertenang: Hak Anda untuk Semak dan Batalkan Polisi Takaful

Tahukah anda bahawa kita mempunyai masa yang cukup untuk fahamkan polisi dan batalkan jika tidak puas hati?
Ia dinamakan Tempoh Bertenang atau Cooling-Off Period, yang biasanya diberikan selama 14 hingga 15 hari selepas polisi takaful diterima oleh pelanggan.
Dalam tempoh ini, anda boleh membaca semula polisi yang diterima, semak setiap terma dan syarat, dan bandingkan dengan penerangan yang diberikan oleh ejen semasa pendaftaran.
Jika anda rasa polisi tersebut tidak sesuai atau ada perkara yang meragukan, anda boleh membatalkan polisi dan mendapatkan 100% bayaran balik.
APA FUNGSI TEMPOH BERTENANG?
Tempoh bertenang ini diwujudkan untuk memastikan pemegang polisi:
1. Memahami Terma Polisi: Anda mempunyai masa untuk membaca dengan teliti setiap perincian dalam polisi.
2. Membuat Semakan Semula: Pastikan semua yang dijanjikan oleh ejen seiring dengan apa yang tertulis dalam polisi.
3. Membuat Keputusan yang Bijak: Kadangkala keputusan dibuat dalam keadaan tergesa-gesa atau tertekan. Cooling-off period memberi ruang untuk menilai semula.
KENAPA TEMPOH BERTENANG PENTING?
Kadang-kadang, pemegang polisi mungkin membuat keputusan:
– Berdasarkan tekanan: Misalnya, rasa terdesak untuk mengambil polisi tanpa meneliti kandungan sebenar.
– Kurang faham: Tidak memahami sepenuhnya manfaat, terma, atau pengecualian yang ada dalam polisi.
Contohnya macam kes dalam gambar ini.
Dengan adanya tempoh ini, anda boleh:
– Meneliti polisi dengan lebih terperinci.
– Berbincang dengan pakar kewangan jika perlu.
Membatalkan polisi jika mendapati ia tidak sesuai tanpa sebarang caj atau penalti, kecuali kos pemeriksaan perubatan, jika berkenaan.
BAGAIMANA CARA BATALKAN POLISI?
Proses ini mudah dan tidak membebankan:
1. Hubungi ejen atau syarikat takaful untuk memaklumkan hasrat anda.
2. Isi borang pembatalan yang disediakan.
3. Tunggu bayaran balik: Biasanya, anda akan menerima semula 100% sumbangan yang dibayar dalam masa beberapa hari bekerja. Jika polisi jenis investment-link, akan mengikut harga unit semasa yang mungkin berbeza.
KESIMPULAN
Tempoh bertenang bukan sahaja melindungi hak pemegang polisi, malah ia memberi ruang kepada anda untuk membuat keputusan dengan lebih teliti dan yakin.
Jika anda mendapati polisi yang diambil tidak sesuai dengan keperluan anda, anda berhak untuk tarik balik polisi tersebut dan dapatkan refund sepenuhnya.
Ingat, takaful adalah komitmen jangka panjang.
Pastikan anda benar-benar faham apa yang anda langgan, kerana perlindungan yang terbaik ialah perlindungan yang anda yakini dan fahami sepenuhnya serta dibayar sumbangannya.
Sumber dari FB Afyan Mat Rawi
............................................................
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran