Tentang isu salah faham dan fitnah yang tersebar di media sosial

  • 2Minutes
  • 202Words
  • 9Views

Alhamdulillah, selesai satu perkara.

Apa yang berlaku adalah salah faham.

Saya akui tulisan saya itu menimbulkan salah faham, justeru saya mohon maaf atas kekeliruan tersebut.

Tapi dalam masa harus bertindak adil untuk menuduh, memfitnah perkara yang tidak saya lakukan.

Malah saya tidak pernah membuat sebarang spekulasi tentang kes arwah Zara, tidak pernah menuduh sesiapa, dan tidak menyalahkan sesiapa.

Saya nafikan tuduhan dan fitnah ini dan salah seorang yang memanjangkan fitnah ini sudah pun meminta maaf.

Tulisan tersebut ditujukan kepada netizen yang suka buat spekulasi dan selepas muncul isu plot twist, mereka buat spekulasi lagi.

Bukti yang disebut pula ialah bukti bahawa banyak berlaku spekulasi selama ini.

Malah selain posting tersebut pun saya tulis tentang tabayyun, jangan mudah spekulasi dan seumpamanya.

Saya bersedia untuk ditegur dan dikritik atas salah faham yang berlaku.

Tapi ia bukan alasan untuk mengambil kesempatan melakukan fitnah.

Ada page di Tiktok yang mengambil posting saya dan gabungkan dengan posting orang lain dan membuat kesimpulan bahawa saya mengatakan ia adalah plot twist kes Zara, dan saya nafikan fitnah tersebut.

Semoga fitnah yang bertebaran itu dapat dihentikan dan mohon maaf atas salah faham yang berlaku.

Boleh rujuk juga posting fitnah tersebut sebelum ini di sini

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Add a Comment

Recommended
Ish, ish, ish.. Kat celah mana datang spekulasi baru ni.…