fbpx

Testimonial Buku Lebai Engineer

  • 5 years ago
  • 4Minutes
  • 663Words
  • 394Views

Terima kasih dan tahniah atas naskah ini, Tuan Lebai Engineer Muhtar Suhaili!

Saya respek beliau, seorang engineer yang tinggal di Miri, Sarawak tapi begitu aktif ke seluruh pelosok negara untuk jalankan kerja-kerja dakwah dan siasah.

Kerjaya beliau sebagai jurutera di Shell tidak menjadi alasan untuk beliau aktif di pelbagai lapangan organisasi. Dari organisasi dakwah bersama NGO sehingga organisasi siasah bersama parti politik PAS.

Sosok yang saya kenali sedari zaman universiti, maintan kacak, warak dan rendah diri hingga kini.

Saya pun hairan macamana beliau boleh kekal kurus dari dulu sampai sekarang.

Saya mengenali Sdra Muhtar kira-kira 18 tahun yang lalu. Ketika itu di UIAM Gombak. Saya di tahun 2, dan beliau muda setahun dari saya.

Saya ketika itu memegang jawatan sebagai Setiausaha Biro Penerbitan dan dia sebagai salah seorang AJK. Kami di dalam sebuah pergerakan mahasiswa yang dikenali sebagai WUFI, ringkasan “We Unite For Islam”. Ia juga kini dikenali sebagai Pro-M beberapa tahun selepas saya graduasi.

Bakatnya menulis sejak dari zaman kampus, sama macam saya. Hahaha! Cuma bezanya beliau sudah mula menulis dan menerbitkan buku ini.

Kali pertama berjumpa, sangkaan awal saya bahawa beliau pelajar dalam jurusan agama, tapi rupa-rupanya beliau dalam kursus kejuruteraan!

Bercerita tentang kursus kejuruteraan, atau di UIAM disebut sebagai Kulliyyah of Engineering (Bahasa Arab campur Bahasa Inggeris, itulah UIAM), kursus ini adalah kursus yang paling banyak dismiss pelajar selain kuliah undang-undang.

Ya, kedua-dua kursus undang-undang dan kursus kejuruteraan mencatatkan pelajar yang paling tinggi pelajar dibuang dari UIAM jika dibandingkan dengan kursus-kursus lain.

Tapi yang pelik dengan Sdra Muhtar ini, walaupun kursus kejuruteraan adalah kursus yang susah nak score, tapi beliau rilek sahaja saban tahun dapat Dean List. Oh ya, saya pula dalam kursus undang-undang, jangan harap dapat Dean List. Selalunya D-List atau Pak Guard – List. Adeh…

Sudahlah bijak dan aktif dalam persatuan, beliau juga mencatat sejarah memecahkan dominasi pelajar undang-undang sebagai Presiden Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UIAM!

Oh ya, di UIA lebih dikenali SRC iaitu akronim Students’ Representative Council. SRC bukan merujuk kepada syarikat rakaman.

Sebelum beliau menjadi Presiden SRC, secara tradisi beberapa tahun sebelum itu, Presiden SRC UIAM selalunya dilantik dari kalangan pelajar dari kursus undang-undang, tapi akhir sekali beliau memecah tradisi tersebut dengan gayanya!

Beliau juga memecahkan rekod sebagai pelajar dari Sarawak sebagai Presiden SRC.

Cerita yang ramai tak tahu ialah, sebenarnya ada calon lain yang sepatutnya dirancang untuk dinaikkan sebagai Presiden SRC, tapi malangnya calon tersebut tak layak atas faktor akademik. Tak cukup pointer. Siapa gerangannya? Rahsia. Yang pasti bukan saya orangnya.

Dipendekkan cerita, Sdra Muhtar sebagai pengganti paling layak untuk jawatan tersebut. Ternyata beliau berjaya menjadi Presiden SRC yang menonjol menenggelamkan presiden-presiden SRC sebelumnya.

Jadi saya kira, Sdra Muhtar ialah individu profesional yang wajar dicontohi bukan sahaja dari sudut akademik, malah juga sudut kerjaya dan juga kepimpinan.

Kecemerlangan beliau di universiti diteruskan di luar kampus.

Zaman mahasiswa adalah zaman idelisma, realitinya adalah di luar kampus.

4-5 tahun ketika zaman mahasiswa, bukan penentu di alam realiti.

Ramai rakan-rakan yang begitu aktif di zaman mahasiswa, akhirnya menjadi mandom apabila berada di alam realiti. Tapi tidak bagi Sdra Muhtar.

Keaktifan beliau di zaman universiti diteruskan di luar kampus. Lihat sahajalah penglibatan beliau dalam NGO Yayasan Amal yang disertainya. Keluar – masuk hutan berdakwah kepada orang asli. Bukan sesuatu yang mudah.

Bukan itu sahaja, beliau juga aktif dalam bidang siyasah. Entah bagaimana beliau membahagikan masa antara NGO – Politik – Kerjaya – Keluarga ini, saya pun tak tahu. Itu kelebihan yang ada pada beliau, yang jarang-jarang ada pada anak muda lain sepertinya.

Sangat layak diangkat sebagai pemimpin muda untuk diketengahkan sebagai pemimpin negara.

Catatan-catatan yang dicoretkan dalam buku Lebai Engineer ini semestinya menjadi catatan mahal pengalaman beliau.

Bukan senang menjadi seorang Pak Lebai, apatah lagi seorang Pak Lebai Engineer.

Bukan senang menjadi seorang Muhtar!

(Nota: Ini adalah testimoni asal yang saya hantar kepada beliau sebelum dimasukkan ke dalam buku dengan sedikit editing)

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

IKLAN: Tempahan Buku Lebai Engineer dialu-alukan. Boleh hubungi melalui WhatsApp dengan klik pautan berikut: https://bit.ly/2Ipom5G untuk pembelian.

 

 

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Teruja saya membaca kisah di dari Fuville Online - Exploring…