Tiada islamic loan
Baca komen-komen posting ini, menunjukkan banyak lagi usaha penerangan tentang perbezaan perbankan Islam dan perbankan konvensional perlu dilakukan.
Dipetik dari FB Abdel Rahmanov
Dua hari lepas, kawan saya, Ustaz Shaifudin atau Ustaz Pudin dari Pahang call saya dan bertanya tentang pinjaman duit.
“Man, ada jemaah masjid tanya pasal pinjam duit. Bolehkah orang yang hendak pinjam duit, dia kata nanti aku bayar lebih lah?”
Saya tanya balik Ustaz Shaifudin, “Guano orang tanya mung pasal muamalat? Bukan ke mung mengajar Tajwid?”
Ustaz Shaifudin berkata, “Aku mengajar Faraid. Semasa aku kata waris perlu bayar hutang si mati. Tiba-tiba jemaah tanya pasal pinjaman tu”
Saya dengan Ustaz Shaifudin tidak guna “ana enta” macam Ustaz-ustaz lain. Kami guna “Aku mung” sejak zaman Maahad muhammadi lelaki, Kota bharu.” Jeligho sikit guna “aku mung”.
Saya jawab,” Loan dan pinjaman menggunakan konsep Qard iaitu peminjam perlu membayar jumlah pinjaman sahaja. Semasa meminjam, Peminjam Tidak boleh berjanji dengan berkata “Nanti aku bayar lebih”.
” Walaupun ia hanya Wa’d ( janji) tetapi Ia menjadi “syibh ‘aqd” (menyerupai kontrak). Tetapi kalau peminjam mahu membayar lebih daripada nilai pinjaman secara sukarela semasa hari pembayaran maka tiada masalah. Perkara penting jangan di syaratkan semasa akad. Apabila sebut nak bayar lebih, seolah-olah ia disyaratkan dalam akad pinjaman.”
Ustaz Shaifudin bertanya lagi, “Okay. Jemaah lain bertanya mengapa dalam perbankan Islam, apabila kita mengambil pinjaman seperti House Loan, kita perlu membayar lebih daripada nilai pinjaman?”
Menarik soalan jemaah ini. Jemaah sekarang semakin cerdik. Jemaah tahu ustaz bercakap dengan ilmu atau merapu.
Saya jawab, “Perbankan Islam tidak guna pinjaman semasa bagi duit kepada pelanggan tetapi mereka guna pembiayaan atau Financing. Sebab itu, Perbankan Islam menawarkan ‘House Financing’ atau ‘Pembiayaan Perumahan’. Mereka tidak guna nama ‘House Loan’. Dengan kata lain, TIADA Islamic Loan dalam perbankan Islam sebagai produk komersial kepada pelanggan.
Seingat saya pada masa dahulu, ada sebuah Bank menawarkan pinjaman menggunakan konsep Qardul Hasan. Pelanggan perlu membayar nilai pinjaman. Produk ini khas untuk golongan tertentu sahaja. Kemudian produk pinjaman Qardul Hasan ini tidak ditawarkan lagi kerana kurang kompetitif.
Pembiayaan bermaksud bank membiayai pelanggan untuk memiliki rumah atau aset. Bank-bank Islam guna konsep jual beli. Konsep jual beli dibenarkan dalam Islam. Dalilnya seperti firman Allah:
وَأَحَلَّ اللَّهُ الْبَيْعَ وَحَرَّمَ الرِّبَا
“Allah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba”(Surah Al-baqarah: 275)
“Dalam ayat ini jelas menunjukkan dibenarkan jual beli. Sebab itulah. Perbankan Islam menggunakan konsep jual beli dalam pembiayaan kepada pelanggan sebab bank tidak boleh buat untung melalui pinjaman. Jika bank kenakan caj lebih daripada nilai pinjaman maka ia adalah riba.
Konsep jual beli ada lebih daripada 19 konsep seperti Mudharabah, Musyarakah, Ijarah, Wakalah, Murabahah, Al-Sarf, Al-Rahn dan sebagainya.
Mungkin kita ada terdengar staf dalam perbankan Islam guna istilah house Loan sebab itu istilah itu yang biasa orang ramai guna. Sebaiknya staf guna istilah yang betul sebab perbankan Islam tidak tawarkan loan. Betulkan yang biasa, biasakan yang betul.
“Dalam jual beli, kita boleh jual barang pada harga yang dipersetujui oleh kedua pihak. Begitu bank dan pelanggan. Jadi apabila bank jual rumah, aset atau komoditi pada harga RM500K. Itulah hutang yang perlu pelangggan bayar kepada bank.
Wahasilnya, Pelanggan memperolehi wang untuk keperluannya melalui cara patuh syariah. Bank pula mendapat keuntungan perniagaan melalui pembiayaan patuh syariah yang ditawarkan.
Ustaz Shaifudin berkata, “Oohh.. terima kasih Man”
Dr. Abdél Rahmanov
18 Ogos 2022
Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi
............................................................Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran