FAQ Moratorium

Dipetik dari FB Izzuddin Yussof

 

Random Q&A berkaitan penangguhan bayaran pinjaman bank (moratorium)

 

1) Siapa yang dapat moratorium ni?

Semua. Literally semua. Semua jenis pinjaman bank, rumah ke kereta ke ASB ke. Dan semua orang yang pinjam dengan bank, tak kiralah affected dengan Covid-19 atau tak, hilang kerja atau tak, kena cuti tanpa gaji atau tak

Kecuali yang ada masalah pembayaran hutang untuk 3 bulan yang lepas. Korang tak dapat.

Benda ni automatik. Tak yah apply

2) Kalau pinjaman dengan LPPSA (kerajaan) dapat tak?

Tak dapat. LPPSA bukan bawah BNM

3) 6 bulan tak payah bayar langsung ke?

Dia penangguhan. Bukan dihalalkan

4) Jadi yang 6 bulan tak bayar tu macam mana?

Tempoh pinjaman kita pun akan bertambah lagi 6 bulan. Kalau baki bayaran tinggal 30 bulan pada 1 April 2020. Kalau terima moratorium ni, baki bayaran akan jadi 36 bulan pada 1 April 2020

5) Ada caj ke?

Ada beza antara konvensional dan Islamic bank

Untuk konvensional, interest masih akan dikenakan dalam tempoh 6 bulan ni untuk both outstanding balance dan interest

So kiraan kasarnya (betul-betul kasar ni):

Outstanding: RM40,000
Interest rate: 5% (maka jadi 2.5% untuk 6 bulan)

Tambahan pinjaman kita akan jadi
RM40k x 0.025 + RM40k x 0.05 x 0.025 = RM1,050

Kalau Islamic, hanya outstanding balance yang kena tambahan profit rate.

6) Bila kena bayar tambahan interest / profit tu?

Antara dua. Samada Bank akan jadikan kita punya bayaran bulanan lebih tinggi nanti ATAU akan tambah lagi tempoh pinjaman kita lebih daripada 6 bulan

7) Jadi sebenarnya bagus ke tak?

Benda ni effectively macam kita dibenarkan buat personal loan dengan kadar faedah pinjaman kita sekarang.

So terpulang la perlukan cash ke tak?

Kalau perlu ambik. Kalau tak perlu tak payah

8) Macam mana kalau tak nak moratorium ni?

Boleh bagitau pihak bank. Atau bayar je loan macam biasa setiap bulan.

9) Ada nasihat tak?

Hanya terima kalau memang perlukan cash dan kalau ada keupayaan memilih, pilih moratorium ni untuk pinjaman yang interest rate dia rendah dan bayaran bulanannya tinggi

Perlukan cash ni subjektif. Dan kalau tak perlukan cash pun duit tu boleh digunakan dekat investment yang lebih tunggu untung ya daripada kadar pinjaman bank, tapi yang ni perlukan disiplin

10) Tak rugi ke bank kalau buat macam ni? Tak kacau cashflow Bank?

Tak. Untung Bank pada interest rate tu. Bukan pada principal yang kita pulangkan.

Principal yang kita bayar balik setiap bulan tu macam keluar poket kiri masuk poket kanan je. Keluar dari akaun deposit, masuk ke akaun pinjaman.

Sebab tu saham bank semua naik hari ni dan bukan jatuh, sebab tiba-tiba diorang dapat extra interest tanpa perlu dapatkan client baru pun!

11) Tapi dalam Islam kan disarankan untuk halal kan hutang?

Itu sunat. Bayar hutang tu wajib

Sekian.

Kalau ada salah silap boleh betulkan

 

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi