fbpx

Tip Buat Bakal-Bakal Haji Yang Bertolak Awal ke Tanah Suci Mekah

  • 5 years ago
  • 1Minute
  • 145Words
  • 503Views

Tip buat bakal-bakal haji yang bertolak awal ke Tanah Suci Mekah.

Gunakan kesempatan awal tiba di Tanah Suci untuk lakukan sebanyak mungkin ibadah berdekatan dengan Kaaabah.

Kenapa?

Masa ini jemaah tak ramai. Kaabah pun lapang. Boleh tawaf betul-betul sebelah Kaabah.

Dan peluang ini hanya datang sekali setiap hari sebab makin hari jemaah makin ramai.

Sampai sekarang saya menyesal tak buat betul-betul masa menunaikan haji tahun 2017 dahulu.

Masa mula-mula sampai tak terfikir walaupun Ustaz sudah berikan panduan.

Masa tu memang dapat tawaf banyak kali dan buat umrah banyak kali dengan mudah. Boleh tawaf dalam masa yang singkat sahaja sebab orang tak berapa ramai.

Apabila jemaah makin ramai, makin sukar untuk tawaf dekat dengan Kaabah, dan jarak tawaf juga semakin jauh.

Lagi jauh apabila tawaf di tingkat atas.

Apapun semua itu ada ganjaran pahala.

#MemoriHaji1438

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi
Maktab 87,
Hotel Fajar Badie 4,
Alumni Haji 2017 / 1438

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Sedikit panduan untuk rakan-rakan yang menunaikan haji atau umrah. Apabila…