fbpx

Kembara Negara Gajah Putih

  • 1 year ago
  • 3Minutes
  • 502Words
  • 217Views

Catatan kembara Negara Gajah Putih. (Update 20 Sept 2022)

Saya baru balik dari Thailand, terpaksa akui perkara ini. Harga barang di sana jauh lebih murah daripada di Malaysia, walaupun matawang RM jatuh.

Ini merupakan kali ke-5 saya menjejakkan kaki ke negara Gajah Putih ini.

Kali pertama saya menjejakkan kaki ke negara ini ialah ketika bersekolah menengah, bersama keluarga, ibu ayah dan adik-beradik.

Ia sekitar tahun 90-an, seingat saya matawang Malaysia lebih mahal ketika itu.

Kami berkereta daripada Besut menuju Rantau Panjang sebelum menyeberangi Sungai Golok.

Itulah pengalaman kali pertama ke “over sea”, yang sebenarnya lebih tepat “over river” 🤣

Ketika itu kami ke daerah Pattani yang majoritinya ialah Muslim. Abah dijemput mengajar di Prince of Songkla University, kampus Pattani

Kemudian apabila dewasa dan terlibat dalam industri kewangan, 2 kali dapat tiket percuma untuk melancong ke Bangkok, Thailand dan 2 kali membawa dan sponsor Team INFAQ ke Krabi.

Trip kali ini bersama rakan-rakan INFAQ dan Jamaah Associate, sekali lagi menjejakkan kaki ke Krabi dan Hatyai. Kali ini kami booking 1 bas yang membawa kira-kira 40 orang anggota rombongan.

Perjalanan daripada Lembah Kelang menaiki bermula pada sebelah malam sebelum tiba di Padang Besar untuk menunaikan solat subuh dan sarapan.

Manusia memang ramai betul di Masjid Padang Besar. Untuk ejensi travel yang kami naiki, dimaklumkan ada lebih 40 buah bas yang masuk ke Thailand pada malam itu. Tidak termasuk bas-bas daripada travel agency lain.

Penuh jemaah solat subuh pagi itu, Jumaat, 16 September, cuti Hari Malaysia. Jadi tidak hairanlah berpusu-pusu rakyat Malaysia masuk ke Thailand.

Jika setiap hari jemaah subuh seramai itu di seluruh masjid di Malaysia, ia bermakna bakal kebangkitan Islam hampir tiba. Hahaha!

Kemudian menuju ke imigresen Malaysia dan imigresen Thailand sebelum bertukar menaiki bas Thailand bergerak ke Krabi.

Jika bersama anak kecil, inilah antara saat paling mencabar kerana perlu beratur panjang sebanyak dua kali.

Sepanjang 3 hari berada dalam trip kali ini, antara perkara paling ketara saya rasakan ialah matawang Malaysia semakin lama semakin jatuh berganding Bath Thailand. Rujuk imej di bawah.

Namun, harga makanan di sini masih dikira murah jika convert kepada matawang RM Malaysia.

Daripada Padang Besar, ke Krabi dan kemudian ke Hatyai, majoriti pelancong adalah daripada Malaysia.

Satu lagi yang best ialah 7 eleven Di Thailand, jauh berbeza daripada kedai serbaneka ini di tempat kita. Rujuk posting-posting sebelum ini. Baca di sini.

Masih tak boleh move on dengan 7 eleven Thailand. Jauh betul beza dengan di Malaysia. Antara makanan yang top di sini ialah Burger Thailand.

Sharing pasal burger Thailand boleh baca di sini.

Jika sebelum PKP, hampir setiap tahun saya ke luar negara secara percuma, sejak saya full time dalam bidang kewangan pada tahun 2013. . Semua sponsored by company.

Trip kali ini, saya pula sponsor ejen-ejen saya yang layak. Insya Allah bulan depan ke Turki pula.

Nanti saya sambung lagi catatan ini kalau rajin. Kalau ramai yang berminat, saya akan samangat sikit nak sambung.

Siapa nak pergi oversea percuma macam ni? Sertai kami di INFAQ Consultancy

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
APA YANG USAHAWAN BOLEH BELAJAR DARIPADA FILEM MAT KILAU. Sebenarnya…