fbpx

Tip Mendidik Anak Menabung Dengan Hanya Mengubah Skrip Ketika Menghulurkan Wang Saku

  • 8 years ago
  • 1Minute
  • 181Words
  • 630Views

1. Tip ini sesuai utk dimulakan sekarang, sempena musim awal tahun persekolahan.

2. Hanya perlu tukar skrip ketika menghulurkan wang saku kepada anak.

3. Selalunya, kita akan ucapkan;

“Along/Angah/Acu, nah ambil duit belanja RM3. Belanja elok-elok beli makanan, kalau lebih; simpan dlm tabung”.

4. “Belanja dulu. Kalau lebih, simpan”.

Skrip ini diulang sedari anak darjah 1 hingga ke sekolah menengah hingga ke IPT.

5. Akhir sekali, daripada rutin ia menjadi tabiat sehingga anak tadi menginjak dewasa. Tabiat itu ialah tabiat “belanja dulu baru simpan” yg akhirnya, langsung tidak menyimpan.

6. Buktinya, berdasarkan kajian oleh BNM tahun lalu, hanya 6% rakyat Malaysia yg mempunyai simpanan melebihi 6 bulan gaji.

7. Jadi, utk mengubah masa depan anak-anak kita, cuba ubah skrip;

“Along/Angah/Acu, nah ambil duit belanja RM3. Simpan 50 sen, ada lebih baru belanja.

8. Mudah-mudahan pesanan ini menjadi rutin dan seterusnya menjadi tabiat baru;

“Simpan dulu, baru belanja”.

9. Nak cuba esok? Pastikan siapkan tabung dan wang kecil utk mulakan simpanan itu.

(Tip ini dan tip-tip lain berkaitan perancangan kewangan ini dikongsi di dalam Seminar Bijak Merancang Wang 2017 #SeminarBMW yg akan diadakan di seluruh negara sepanjang 2017. Terdekat, di Labuan dan KL)

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

2 Comments

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
KOLEKSI ARTIKEL BERKAITAN ASB Saya himpunkan beberapa tulisan dan pandangan…