September 7, 2016
Tip RM | Psikologi Kewangan
Tip RM | Psikologi Kewangan
Kebanyakan orang yang hidupnya kesempitan wang kerana dalam mindanya negatif terhadap wang.
“Wang bukan segala-galanya”
“Wang punca kejahatan”
“Wang banyak pun bukan boleh dibawa ke kubur”
Bertanggapan buruk terhadap wang, tidak salah sama sekali.
Tidak berdosa pun.
Tapi dengan tanggapan-tanggapan negatif ini, maka secara separa sedar, minda akan menjauhkan kita daripada memiliki banyak wang.
Kenapa tidak ia ditukar kepada yang lebih positif:
“Wang boleh membahagiakan diri sendiri dan kita boleh bahagiakan orang lain”
“Wang boleh membantu orang yang kesempitan”
“Wang adalah amanah Allah”
“Banyak perkara baik dapat dibuat apabila banyak wang”
“Lagi banyak wang, lagi banyak zakat boleh dikeluarkan dan lagi asnaf dapat dibantu”
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran