fbpx

Tip RM | Pelaburan Unit Trust Melalui KWSP

  • 2 years ago
  • 2Minutes
  • 380Words
  • 1441Views

Tip RM | Pelaburan Unit Trust Melalui KWSP

1. Berdasarkan info dari CEO KWSP, hanya 20% pelabur mendapat pulangan lebih tinggi berbanding KWSP apabila melabur melalui wang dana persaraan itu ke unit trust / unit amanah.

2. Boleh rujuk laporan berita yang bertajuk “CEO: Have financial literacy first: Only a fifth of those who invested EPF funds in unit trusts had it”, berita dari The Star yang bertarikh 30 Mei 2016 yang mendedahkan perkara ini.

3. Berdasarkan maklumat itu juga, 40% pelabur hanya balik modal dan 40% lagi mendapat pulangan lebih rendah daripada KWSP.

Rujuk berita ini.

4. Berdasarkan rekod, pulangan KWSP sekitar 6.5%.

5. Jadi, untuk melabur ke unit trust melalui KWSP memerlukan pemilihan dana-dana yang berkualiti dan jangan hanya bergantung kepada ejen semata.

6. Apabila bergantung kepada ejen semata, pelabur belum tentu akan untung. Tapi yang pastinya, ejen akan untung apabila anda memulakan akaun pelaburan.

7. Adakah anda pernah melabur unit trust melalui KWSP? Tahukah anda, melalui I-Akaun KWSP anda boleh menyaksikan sendiri SEMUA dana-dana yang boleh dilaburkan melalui KWSP, dan prestasi mereka.

8. Berdasarkan data tersebut, bagi ketegori Ekuiti Islam: Malaysia, tahun lepas ada dana yang mencatatkan pulangan sehingga 30% dalam masa setahun pada 2015; dana PMB Shariah Aggressive Fund.

9. Juga dalam masa 5 tahun terakhir, hanya ada satu dana sahaja yang konsisten memberi pulangan melebihi 7% setiap tahun, dana Eastpring Dana Al Ilham.

NOTA PENTING: PRESTASI MASA LAMPAU TIDAK MEMBERI JAMINAN PULANGAN MASA HADAPAN. 

9. Utk melabur melalui EPF, jangan semata-mata bergantung kepada satu dana daripada satu syarikat. Lebih baik ia dipelbagaikan dalam banyak dana, dari banyak syarikat.

10. Sekarang sudah ada platform Single License Investment yang membolehkan pelabur akses ke 27 syarikat serentak dan membuat pelaburan lebih 200 dana dengan hanya menggunakan satu platform sahaja.

Ada yang berminat untuk review pelaburan unit trust melalui KWSP mereka? Isi borang di bawah

NOTA: Ketahui cara pelaburan alternatif (tunai dan KWSP) melalui Marketing Representative.

Ingin melabur menggunakan KWPS atau Tunai?(required)

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Dari isu ASB, isu vape, isu pokemon, isu patung helang…